Ramai Tanya Mengapa Pilih Awie Sebagai Suami, Ini Jawapan Ladyana

Ramai Tanya Mengapa Pilih Awie Sebagai Suami, Ini Jawapan Ladyana



Awie telahpun berkahwin dengan seorang gadis yang 19 tahun lebih muda darinya.


Koleksi gambar di sekitar majlis pernikahan pasangan ini boleh di lihat DI SINI.

Ramai bertanya, mengapakah Ladyana sanggup berkahwin dengan Awie kerana penyanyi dari kumpulan Wings ini mempunyai kes memukul isterinya.

Malah Awie juga telah beberapa kali bercerai dan gagal dalam perkahwinan sebelumnya.

Bukan itu sahaja, Ladyana juga sanggup menggalas tanggungjawab untuk bergelar “ibu segera” kepada 5 orang anak Awie.

Ini jawapan dari Ladyana tentang hal ini:

Mungkin pada luaran Awie tampak ganas dan keras tetapi beliau sebenarnya pandai mengambil hati.

Mungkin luarannya nampak kasar dan keras, tetapi Awie sebenarnya kelakar serta mudah menitiskan air mata.

Saya banyak bermuhasabah diri, berfikir dengan tenang, selain menunaikan solat istikharah dan berdoa diberi petunjuk sebelum memilih Awie sebagai suami.

Diharapkan perkahwinan kami diberkati dan saya menjadi insan terakhir dalam hidupnya.

Saya lebih mengenali sisi peribadinya, malah antara kami tiada rahsia. Awie terlalu menyayangi dan melindungi anaknya dan dari situ, saya yakin dia mampu menjaga saya dengan baik.


Ladyana tidak ambil peduli kata kata negatid dan pandangan masyarakat terhadap keputusannya untuk berkahwin dengan Awie.

Yang penting, bagi dirinya Awie adalah yang terbaik.

lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post