“Saya tak boleh terima” Khairy Jamaluddin mahu polis ambil tindakan terhadap tindakan kurang ajar kumpulan Baju Merah

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin meminta pihak polis mengambil tindakan sewajarnya kepada kumpulan Baju Merah yang melakukan kekerasan fizikal kepada peserta BERSIH semalam.

Khairy turut meminta individu yang memimpin gerakan tersebut memberi nasihat kepada anggotanya supaya tidak melakukan kekasaran dan keganasan.

"Saya tak boleh terima" Khairy Jamaluddin mahu polis ambil tindakan terhadap tindakan kurang ajar kumpulan Baju Merah

“Saya tak boleh terima” Khairy Jamaluddin mahu polis ambil tindakan terhadap tindakan kurang ajar kumpulan Baju Merah

“Saya harap polis ambil tindakan sewajarnya kepada mereka yang terlibat.

“Saya tidak boleh terima dan saya harap mereka yang ada di belakang gerakan ini (Baju Merah dan BERSIH) dapat memberi nasihat kepada ahli mereka supaya tidak lagi melakukan kekasaran dan keganasan,” tegasnya seperti dilapor Astro Awani.

Mengecam perbuatan itu, Khairy berkata amalan demokrasi di negara ini tidak membenarkan keganasan serta kekerasan fizikal sebagai penyelesaian dalam berhadapan pandangan berbeza.

“Saya melihat video semalam, tindakan sekumpulan Baju Merah itu yang menyerang aktivis Bersih (dengan) menendang dan melakukan kekasaran fizikal. Ini kita tidak boleh terima. Siapa sahaja yang terlibat, tindakan ganas perlu kita kecam.

“Untuk menunjukkan pendirian masing-masing, kita perlu terima dalam demokrasi. Namun, jangan sehingga mencetuskan tindakan ganas yang boleh mencetuskan ancaman keselamatan terhadap individu-individu yang terlibat,” katanya kepada media selepas menyampaikan ucapan Pertandingan Akhir Kejohanan Badminton Asics 2016 di Subang hari ini.

Semalam, Malaysiakini melaporkan dua peserta BERSIH yang menunggang motosikal dibaling telur ayam ketika melintasi jalan masuk ke kawasan yang dipenuhi kumpulan Baju Merah di Sabak Bernam.

Seorang peserta Baju Merah kemudian menendang salah seorang daripada mereka sehingga menyebabkannya terbaring.

Penyokong BERSIH itu kemudian ditendang kali kedua oleh individu lain dari belakang ketika pegawai polis meminta semua pihak bertenang.

Sumber: Malaysiakini



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post