“Saya tiada keperluan untuk bercakap dengan Izreen” – Amyra Rosli

Pelakon popular Amyra Rosli menafikan dia bermasalah dengan pelakon Izreen Azminda apabila dikatakan sering mengelak daripada bersemuka dengan pelakon itu.

Saya tidak elak Izreen

Saya tidak elak Izreen

Amyra, 25, berkata, buat masa ini dia tidak ada sebarang tujuan atau keperluan untuk bercakap dengan Izreen.

“Saya pernah terjumpa dan terserempak dengannya di mana-mana acara, malah kami pernah menjalani penggambaran di kawasan sama.

“Saya tak pernah nak mengelak pun, cuma tak ada apa yang saya nak bualkan. Disebabkan itu orang beranggapan saya bermasalah dengannya,” katanya kepada Harian Metro.

Amyra yang juga pelakon drama Cik Bunga dan Encik Sombong berkata, dia bukan jenis ‘kaki gaduh’ atau suka mencari masalah dengan orang lain.

“Saya pun tak tahu apa yang dia perkatakan atau orang lain cakap. Jadi saya tak nak bercakap banyak mengenai perkara ini, tetapi kalau itu yang dia cakap, terpulang kerana saya memang tak pernah ada masalah peribadi dengannya,” katanya.

Terdahulu, Izreen dalam satu kenyataan memaklumkan mengenai sikap Amyra yang dilihat cuba mengelak daripadanya setiap kali bertembung.

Perkara itu mulai diperkatakan apabila Amyra dan Amar menjadi rapat sejak lebih setahun lalu.

Amar dan Izreen sebelum ini pernah dikaitkan menjalin hubungan selepas berlakon bersama dalam drama Kerana Terpaksa Aku Relakan.

 

Sumber: Harian Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post