Sekali lagi berita palsu Awie meninggal dunia berlegar

Sudah beberapa kali penyanyi Awie atau Ahmad Azhar Othman, 48, didakwa meninggal dunia.

Hari ini menerusi blog KedaiKopi.org sekali lagi Awie dilaporkan meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan di Bandar Sri Perdana, Lahad Datu, Sabah.

Awie ketika dihubungi Utusan Online hari ini berkata, dia sihat sahaja dan kini berada ibu kota serta bakal mengadakan sidang akhbar pada malam ini.

“Ini bukan kali pertama saya dilaporkan meninggal dunia. Entahlah saya sendiri tak terkira dengan berita palsu begitu. Saya tak tahu apa motif mereka menyiarkan berita sebegitu.

“Alhamdulillah, saya masih lagi bernafas sehingga hari ini dengan izin Allah. Saya pernah buat laporan polis berikutan berita palsu tentang kematian saya sebelum ini. Kali ini selepas berbincang dengan pihak peguam, saya akan ambil tindakan seterusnya,” kata Awie.

Sumber: UTUSAN ONLINE



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post