Suami bawa isteri hamil ke hospital, rupanya wanita itu baru berusia 12 tahun

Seorang lelaki yang membawa isteri hamil ke hospital ditahan selepas kakitangan hospital percaya ‘wanita’ berkenaan berusia kira-kira 12 tahun.

Kanak-kanak itu yang namanya tidak didedahkan, tiba di hospital bersama lelaki terbabit yang berusia 35 tahun dan seorang lagi wanita berumur 47 yang mendakwa dia ibu lelaki itu.

Suami bawa isteri hamil ke hospital, rupanya wanita itu baru berusia 12 tahun

Suami bawa isteri hamil ke hospital, rupanya wanita itu baru berusia 12 tahun

Ketiga-tiganya tiba di Hospital Xuzhou di wilayah Jiangsu, tengah China untuk membolehkan kanak-kanak itu yang hamil tiga bulan menjalani pemeriksaan bagi memastikan kandungannya sihat.

Lelaki dan ibunya berkata, si ‘isteri’ berusia 20 tahun.

Pemeriksaan yang dijalankan mengesahkan budak itu hamil 12 minggu. Bagaimanapun, kemudaannya menarik perhatian doktor yang kemudian meminta lelaki dan wanita tua itu menunggu di luar.

Sumber: Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post