Tak dapat ikut sekali, nama kawan dibawa kelilingi Korea, bestnya dapat kawan macam ni!

Tak dapat ikut sekali, nama kawan dibawa kelilingi Korea, bestnya dapat kawan macam ni! | KALAU dah nama kawan baik, pergi mana-mana pastinya mahu bersama-sama 24 jam, bagaikan belangkas, betul tak?

Begitulah  yang dirasai sekumpulan gadis yang sedih apabila salah seorang kawan baik mereka tidak dapat turut serta ketika melancong di Korea.

Tak dapat ikut sekali, nama kawan dibawa kelilingi Korea, bestnya dapat kawan macam ni!

Tak dapat ikut sekali, nama kawan dibawa kelilingi Korea, bestnya dapat kawan macam ni!

Kami difahamkan, ketika ini mereka masih di negara berkenaan setelah terbang ke sana Jumaat lalu dan akan pulang dalam masa terdekat.

Dek kerana salah seorang rakan tidak dapat turut serta dalam perjalanan kali ini, timbul idea mereka untuk mengabadikan kenangan percutian dengan membawa sekeping kad yang tertera nama kawan baik mereka iaitu Zera.

 

Maka bermula la kisah di mana mereka merakamkan gambar nama Zera berlatarbelakangkan semua tempat yang di lawati mereka di negara Kimchi tersebut.

Mereka kemudian mengirimkan gambar itu kepada Zera yang setia menunggu kepulangan di tanah air.

 

Walaupun usahanya nampak kecil, namun bagi Zera, dia berasa amat terharu dan bertuah kerana memiliki kawan-kawan yang sentiasa mengingati dirinya.

 

“Nak tumpang beg tak dapat. Dapat tumpang nama jadilah. Terharu bukan satu dia buat. Haahhh!! ko ambik. Subhanallah, cantiknya warna daun tu. Best sangat dapat kawan macam ni @yekezie,” tulisnya di laman Facebook.

Zera tidak dapat turut serta ke Korea kerana kekurangan bajet.

Mungkin di masa hadapan ada syarikat pelancongan yang hendak menaja Zera, kami di Mynewshub boleh menumpang sekaki!

Wah, apa pun friendship goal sangat kan? Mungkin anda boleh mencuba idea ini untuk rakan anda ketika melancong ke luar negara. Barulah sweet! 

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post