Tikus bersarang dalam bekas cili kering, pasaraya lupus 63.8kg cili kering untuk kembalikan keyakinan pengguna

Kuala Nerus: Sebuah pasar raya di daerah ini melupuskan 63.8 kilogram cili kering untuk mengembalikan semula keyakinan pengguna susulan penyebaran gambar tikus dalam longgokan cili kering di pasar raya itu di media sosial.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Terengganu Azlan Abd Samat berkata, lima petugas KPDNKK ke pasar raya itu untuk memastikan kesahihan viral berkenaan.

“Pihak pengurusan pasar raya memaklumkan sudah melupuskan semua 63.8 kilogram stok cili kering yang masih berbaki.

Tikus bersarang dalam bekas cili kering, pasaraya lupus 63.8kg cili kering untuk kembalikan keyakinan pengguna

Tikus bersarang dalam bekas cili kering, pasaraya lupus 63.8kg cili kering untuk kembalikan keyakinan pengguna

“Pihak pengurusan juga memaklumkan mereka menukar kaedah penjualan cili kering dengan membungkusnya dalam bungkusan kecil, tidak lagi secara terbuka dalam kotak besar seperti sebelum ini,” katanya selepas perasmian Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali 2016 di sini, hari ini.

Azlan berkata, pihaknya tidak boleh mengambil tindakan seperti mengenakan kompaun atau denda kerana ia di bawah penguatkuasaan Jabatan Kesihatan.

“Oleh itu, KPDNKK akan bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan selepas ini untuk melakukan pemeriksaan lebih kerap membabitkan kebersihan bahagian makanan di pasar raya,” katanya.

Seorang wanita, Winnie Tan, memuat naik beberapa gambar di Facebook, mendakwa ada tikus dalam timbunan cili kering di sebuah pasar raya terkemuka di Terengganu, Isnin lalu.

“Walao eh! Tikus dalam bekas cili kering. Agak-agak ada 10 ekor ke atas di dalam bekas. Nak makan mati orang ke ni? (Nak bagi orang mati ke ni?),” katanya pad satus di FB.

Sumber: Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post