Trend artis papar gambar bercium suami isteri, Ini jawapan Mufti Kelantan!

Pasangan suami-isteri yang ingin menggambarkan kasih sayang masing-masing ditegah berkongsi keintiman mereka dengan khalayak kerana perbuatan itu dilarang oleh ajaran Islam.

Trend artis papar gambar bercium suami isteri, Ini jawapan Mufti Kelantan!

Trend artis papar gambar bercium suami isteri, Ini jawapan Mufti Kelantan!

Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata setiap perbuatan yang ingin menggambarkan kasih sayang antara suami-isteri perlu dilakukan di tempat yang sesuai.

“Dalam Islam ada adab, setiap langkah, kata-kata dan perbuatan ada tempat yang sesuai. Walaupun seseorang itu suami-isteri tapi setiap perbuatan mereka perlu ada batasan jika mahu menunjukkan kasih sayang.

“Akhlak seseorang dalam Islam tidak diizinkan untuk bercumbu-cumbuan di tempat awam. Jika ingin bercium ada tempat privasi dan ia tidak perlu dipertontonkan kepada umum, ” ujarnya kepada mStar Online.

Mufti Kelantan, Mohamad Shukri

Mufti Kelantan, Mohamad Shukri

Bagaimanapun, Mohamad Shukri menambah, pasangan suami isteri digalakkan untuk melahirkan rasa cinta sesama pasangan namun perlu dilakukan di tempat yang sesuai seperti di rumah.

Katanya, hal tersebut bagi mengelakkan daripada sebarang perkara yang boleh mengundang kepada fitnah.

Tanpa merujuk kepada mana-mana individu Mohamad Shukri berkata, semua pihak harus mengambil maklum perkara itu tidak kiralah mereka golongan artis ataupun orang biasa.

Terdahulu adegan bercium pasangan selebriti Rozita Che Wan dan suaminya Zain Saidin yang dimuat naik di laman Instagram milik aktres itu ketika bercuti di Greece mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Foto bercium yang dimuat naik pada Selasa itu mendapat lebih 11,000 like dan 1,184 komen.

Rata-rata netizen menganggap gambar kasih sayang tersebut tidak sesuai dikongsi kepada umum namun ada juga yang menyokong.

Awal memuat naik gambar mesra bersama isterinya Scha pada Ahad lalu.

Awal memuat naik gambar mesra bersama isterinya Scha pada Ahad lalu.

Selain pasangan berkenaan, pengacara Awal Ashaari turut melakukan perkara yang sama apabila memuat naik gambar bercium bersama isterinya Scha Alyahya di sebuah tempat peranginan di Langkawi ketika menghadiri majlis perkahwinan rakan mereka Ahad lalu.

Awal yang kurang senang dengan komen netizen memberitahu perkara itu tidak menjadi masalah kerana Scha merupakan isterinya yang sah.

“Dia isteri saya yang halal. Ada Masalah?” tulisnya.

Bagaimanapun, selepas itu Awal meletakkan komen pada mode privasi.

 

Sumber: Mstar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post