Wanita sanggup kelar badan dengan pisau untuk penuhi permintaan kekasih pontianak menghirup darahnya

Seorang peniaga bunga sanggup mengelar badannya menggunakan pisau cukur semata-mata mahu memenuhi keinginan teman lelakinya yang kononnya pontianak, untuk menghirup darah.

Wanita sanggup kelar badan dengan pisau untuk penuhi permintaan kekasih pontianak menghirup darahnya

Blut Klatzchen, 28, sanggup melukakan diri sendiri untuk memberikan darahnya kepada kekasihnya, ‘Raja Pontianak’ Michael Vachmiel, 44, dalam ritual yang dilakukan beberapa kali setahun.

Vachmiel mendakwa darah Blut memberinya tenaga untuk terus hidup. Pasangan kekasih itu berkenalan dua tahun lalu di majlis Vampire Ball di Houston, Texas.

Blut, dari Shreveport, Louisiana, sebelum ini sanggup menjelajah ribuan kilometer untuk memenuhi keinginan beberapa lelaki dan wanita yang yakin mereka perlu minum darah untuk hidup.

“Sejak kecil saya memang kagum dengan budaya ini. Semuanya bermula selepas saya menemui buku mengenai pontianak milik kakak saya.

Sumber: Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post