Air mineral yang diminum hari-hari lebih mahal dari minyak masak – Menteri

“Air mineral lebih mahal berbanding minyak masak meskipun subsidi minyak masak dimansuhkan sepenuhnya,”demikian ujar Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Air mineral yang diminum hari-hari lebih mahal dari minyak masak - Menteri

Air mineral yang diminum hari-hari lebih mahal dari minyak masak – Menteri

Beliau berkata demikian ketika mengulas tentang dakwaan rasionalisasi subsidi minyak masak akan menyebabkan perbelanjaan meningkat kepada sebanyak RM50 seorang setahun oleh Lim Guan Eng (DAP-Bagan).

Bercakap di Dewan Rakyat, Parlimen, hari ini, Hamzah berkata, kerajaan masih memberi subsidi bagi minyak masak kategori beg plastik 1kg yang dijual pada harga RM2.50.

Berpegang kepada andaian setiap individu hanya menggunakan satu setengah kilogram minyak masak bagi setiap bulan, ia hanya memberi peningkatan RM2.25 dalam perbelanjaan bagi setiap individu.

“Padahal pengguna beli air mineral yang tiap-tiap hari diminum dengan harga melebihi daripada harga minyak masak,” katanya.

Minggu lalu, Persatuan Pekilang-pekilang Minyak Makan Malaya (Meoma) mendakwa harga 1kg minyak masak paket plastik akan dinaikkan 40 sen kepada RM2.90, manakala minyak masak botol 5kg naik RM1.90 kepada RM15.25, mulai hari ini.

Bagaimanapun, Menteri Kewangan kedua, Datuk Johari Abdul Ghani pada Khamis lalu dilaporkan berkata, rakyat akan terus menerima subsidi minyak masak daripada kerajaan.

Sumber: Sinar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post