Aktor Hollywood Ini Takjub Mendengar Keindahan Seruan Azan

Jika kita perhatikan, ada juga segelintir pihak dari kalangan umat Islam sendiri yang tidak menghormati seruan azan yang berkumandang ke udara. Apatah lagi mahu menghayatinya.

Tahukah anda bahawa ada sesetengah pihak yang bukan beragama Islam tertarik dengan seruan azan? Malah, ada yang diam seketika untuk menghayati laungan azan yang sedang berkumandang selain menghormatinya.

Baru-baru ini, portal IlmFeed.com memuat naik sebuah video temu ramah bersama pelakon Hollywood, Morgan Freeman. 

Sumber foto: IG Morgan Freeman

Morgan Freeman merupakan penerbit dan pelakon Amerika Syarikat yang sebelum itu pernah membawa watak 'Tuhan'dalam filem 'Bruce Almighty' dan sekuelnya 'Evan Almighty'.

Menurut Morgan, seruan azan adalah suatu bunyi paling indah di dunia yang pernah dia dengar.

Morgan berkata begitu apabila dia menziarahi seorang Imam di sebuah masjid ketika menjalani sesi penggambaran program ‘The Story of God’ bagi rancangan National Geographic.

Dalam video berdurasi 1 minit 23 saat itu, kita boleh lihat bagaimana Morgan berminat untuk mengetahui dari mana asalnya seruan azan itu. Lebih menarik apabila dia cuba melafazkan 'Allahu Akbar'.


Sumber video: Youtube IlmFeed

Ramai netizen yang menonton video itu mendoakan agar Morgan diberi hidayah dan petunjuk untuk memeluk Islam.


Sumber foto: IlmFeed.com

Sedangkan orang bukan Islam mengahayati keindahan laungan azan, mengapa segelintir Muslim terutama anak muda tidak mengendahkan seruan azan? Malah, seringkali kita lihat mereka tidak menghormati seruan azan dengan perlakuan mereka seperti meneruskan perbualan sesama mereka. 

Post a Comment

Previous Post Next Post