Anzalna tak mahu gaun perkahwinannya dibandingkan dengan gaun perkahwinan Amyra Rosli

Anzalna tak mahu gaun perkahwinannya dibandingkan dengan gaun perkahwinan Amyra Rosli | Pelakon Anzalna Nasir tidak mahu gaun perkahwinannya terus dibandingkan dengan gaun perkahwinan Amyra Rosli baru-baru ini.

Menurut Anzalna, gaun rekaan Cosry itu mempunyai keunikan tersendiri begitu juga dengan rekaan baju Amyra rekaan Rizman Ruzaini.

Anzalna tak mahu gaun perkahwinannya dibandingkan dengan gaun perkahwinan Amyra Rosli

Anzalna tak mahu gaun perkahwinannya dibandingkan dengan gaun perkahwinan Amyra Rosli

 

 

“Setiap artis mempunyai pereka pilihan masing-masing dan mereka memberikan sentuhan terbaik mengikut cita rasa artis. Bagi saya, tidak patut mana-mana pihak membuat perbandingan.

“Lagipun perkahwinan ini sekali dalam seumur hidup dan sudah tentu saat bahagia itu mahu dikenang selamanya. Saya percaya jika ia terus berlaku sedikit sebanyak akan membuatkan orang kecewa.

“Saya sendiri tidak dapat membayangkan perasaan jika baju saya tidak menjadi pilihan,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, beberapa blog dan pengguna laman sosial membuat perbandingan terhadap gaun perkahwinan yang digayakan Anzalna dan Amyra sehingga mencetuskan rasa kurang senang peminat.

Sementara itu, Amyra ketika dihubungi berkata, dia tidak terkesan dengan perbandingan itu malah berasa bangga apabila gaun perkahwinannya disebut-sebut antara yang terbaik.

“Jujurnya saya bangga dengan sentuhan Rizman Ruzaini sehingga gaun ini menjadi sebutan netizen.

“Selagi perbandingan itu bukan sesuatu yang buruk saya okey kerana pilihan yang dibuat adalah berdasarkan pandangan mereka yang melihat,’ katanya yang berangkat ke Tokyo, Jepun hari ini untuk berbulan madu selama seminggu.

Sumber: Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post