Baru 4 hari ditayangkan, Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng! kutip RM3 juta

Filem animasi Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng! arahan sutradara terkenal, Erma Fatima mengutip RM3 juta selepas empat hari tayangan di seluruh negara.

Jenama Upin & Ipin yang mencetus fenomena dalam industri animasi di Malaysia, terbukti terus utuh dan menjadi kegemaran kanak-kanak.

Slot tayangan di 122 pawagam sepanjang Musim cuti sekolah juga menjadi penyumbang kadar kutipan tiket tinggi.

Filem Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng! diterbitkan Les’Copaque Production Sdn Bhd dengan kerjasama KRU Studios itu diedarkan Primeworks Distribution.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KRU Studios, Datuk Norman Abdul Halim dilaporkan menyifatkan kejayaan itu sebagai penyambung fenomena animasi Upin & Ipin.

Filem Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng! dibintangi Puteri Balkis, Asyiela Putri (pelakon suara Upin Ipin), Awie, Sara Ali, Remy Ishak dan Gambit Saifullah.

 

Sumber: BH Online



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post