Dulu pengkid dan bernafsu dengan kaum sendiri, kini berubah kerana hidayah Allah

Dulu pengkid dan bernafsu dengan kaum sendiri, kini berubah kerana hidayah Allah | Allahu – Perempuan Kekasih Perempuan – Part I

Hidup di Pekan kecil nun di Pantai Timur membuatkan aku sedikit tercicir dari perkhabaran dan segala aktiviti Street Dakwah sahabat sahabat Pantai Barat khususnya kota Metropolitan Kuala Lumpur…

Pun begitu jemaah masih keluar masuk dan dapat aku nusrah semampu yang boleh…aku masih sedikit terasa kecil hati dengan beberapa isu yang dimainkan serta tindakan beberapa sahabat tetapi masih aku teringat beberapa mingu sebelumnya aku berkata kepada guru ku yang mulia Maulana Wan Maulana Helmi...”Maulana…abang ali minta izin untuk menyepi buat beberapa ketika..” jawab Maualana…”abang Ali jangan pecah hati…buat tak tau sudah…”

Selain mengguruskan kedai atau Sushi Cafe yang ahlia aku usahakan aku sedikit terhibur dengan adanya sahabat sahabat Bikers seperti Bro Bakhril, Abang Ghani dan sahabat lama Hamsha yang bekerja di Petronas…kadangkala mereka menelefon mengajak untuk ride santai ketempat yang dekat untuk bersarapan pagi atau pun lepak lepak minum teh…

Beberapa hari yang lepas juga aku di kejutkan dengan kedatangan sahabat sahabat Artis Street Dakwah yang datang tanpa memberitahu…katanya nak buat suprise…Ali Xpdc, Tai Celop dan Ustaz Najib…

 

 

Mereka dalam perjalanan ke Program Sembang Santai di Stadium tertutup Kuala Terengganu…terasa sedikit hilang kerinduan terhadap sahabat sahabat Street Dakwah…

Di sini juga aku memohon kemaafan kepada guru ku yang mulia Maulana Wan Helmi dan jemaahnya yang sekarang sedang bergerak di kawasan Ipoh Perak kerana masih tidak punya ruang dan masa untuk nusrah jemaahnya di sana…maafkan saya.

Bhai…dah panjang lebar sangat lakaran muqadimah aku ni…sebenarnya yang aku ingin ceritakan ialah sebuah kisah yang telah lama aku simpan di benak fikiran otak Street Dakwah Writer…kisahnya dah lama sangat dan ceritanya bermula selepas aku menulis kisah HijrahSafiey Iliashampir setahun yang lepas…

Seorang gadis comel telah menghubungi aku dan mengizinkan aku memaparkan kisahnya supaya ianya boleh menjadi tauladan dan iktibar kepada gadis gadis yang lain…

Gadis comel ini telah meluahkan segala galannya, beliu hanya bernafsu kepada kaum sejenisnya dan menjalani hidup sebagai seorang lelaki dan mempunyai kekasih juga seorang gadis atau perempuan….

Ceritanya bermula…

Cerita

Bersambung malam nanti….
nak gi Cafe….tolong biniAyunie Russniaga Sushi…

Dulu pengkid dan bernafsu dengan kaum sendiri, kini berubah kerana hidayah Allah

Dulu pengkid dan bernafsu dengan kaum sendiri, kini berubah kerana hidayah Allah

Alihamdulillah – Perempuan Kekasih Perempuan – Part II

Sepertimana yang aku janjikan aku sambung balik cerita kisah gadis comel yang hanya bernafsu kepada gadis, sememangnya Hidayah di tangan Allah, melihat dengan pandangan yang baik maka natijahnya akan jadi baik dan sekiranya kita melihat dengan pandangan buruk maka natijahnya akan jadi buruk…

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul, begitulah yang terjadi kepada gadis comel di dalam cerita aku ini..

Beliau memberanikan diri menghubungi aku dan meluahkan segala yang terbuku dan tidak lain hanya lah kerana Hidayah Allah…

Beberapa meseg di hantarkan kepada aku, aku membaca dan membalas dengan hati hati supaya tidak berlaku salah faham dan fitnah…

Di sini aku tuliskan kembali setiap bait bait cerita kisah hidupnya yang di hantarkan kepada aku tanpa aku menokok tambah ceritanya..

Cerita

Dari kecik lagi saya suka bermain benda benda lasak.. Berkawan dengan lelaki..suka pakai pakaian lelaki..masa kecik lagi saya suka bermain aktiviti lasak dengan abang saya..bila di zaman sekolah saya suka bersukan..bila di peringkat sekolah rendah darjah 6..di situlah bermulanya hati saya sukakan perempuan..

lepas masuk di alam sekolah menegah saya mula menjadi Tomboy..saya tak ada couple dengan perempuan pada masa itu..kebanyakkan time tu saya cuma ada kakak angkat..sampai ke tingkatan 5..lepas habis sekolah slow slow saya ubah diri saya jadi seperti lelaki..(Pengkid)…

Saya mempunyai ramai kawan Pengkid..waktu tu jangan di katalah ramai awek saya berkawan..bukan seorang dua saya couple dengan perempuan.. terlalu banyak saya pun dah lupa..

Bila di alam kerja semakin menjadi saya..nak kata solat tu time ingat ja.. bila ada kesusahan baru saya cari Allah..bila senang saya lupakan Allah..memang saya jahat banyak dosa saya..
seingat saya tahun 2012 masa Tahun Baru cina saya tak ingat bulan berapa baru time tu saya cari Allah mulakan solat..itu pon saya buat time ada rumah..bila di tempat kerja saya tinggal..

Kerja kilang memang payah nak solat..dari situ saya mulakan bacaan yasin setiap hari kecuali time saya datang bulan..masa tu solat taubat saya takut nak buat..saya banyak buat solat sunat Syukur sunat duha..

Saya mula belajar sedekah di masjid sampaikan saya pergi masjid dengan keadaan tidak bertudung tabung sedekah ada di luar masjid..

Alhamdullillah sampai sekarang sedekah itu jadi amalan saya setiap kali keluar rumah..pelan pelan saya belajar, niat ketika itu sudah ada untuk saya berubah..tapi saya gagal..

Awal tahun 2013 saya mulakan bisnes frozen food kecil-kecilan..mulanya saya main main dalam bisnes..sampai saya jatuh bangun jatuh bangun..maklum la ada awek tak pikir apa dah..walaupon ada niat nak berubah…

Tahun 2014 saya ada pernah bagi tahu kakak ipar saya..yang saya betul betul nak berubah..saya tanya dia ada kenal mana mana orang yang boleh berubat tak..sebelum ini saya pergi berubat untuk berubah orang yang bacakan doa dan buatkan air..tapi gagal..

Pada hari 26/3/2014 saya pergi ke Muar Johor..ketika itu saya pergi bercuti di Kluang Johor rumah abang saya..sebelum kesana memang saya nak berubat untuk berubah..abang saya kak ipar saya dan anak buah saya yang sulong…mereka bawa saya ke sana..

Di situ saya berubat sayalah yang kena baca ayat kursi al ikhlas selawat memgucap sampai saya lembek ketika itu mengalir air mata saya..dekat 3 jam juga kalau tak silap saya..dari situ saya belajar untuk muhasabah diri saya…siapa saya..tapi masih gagal lagi..solat saya jaga..time tu walaupon saya ada couple..sampaikan orang tegur saya tiada guna solat kalau tak pakai tudung…saya hanya terdiam.. saya hadapi ujian yg Allah bg pada saya…

saya di pandang serong, di pandang hina…macam macam…saya redha ketika itu…saya mula belajar agama saya ikut mak saya kalau ada majlis ilmu kalau ada orang sakit saya ikut mak saya untuk baca yasin…

Bila usia semakin meningkat mak saya selalu bising..dekat saya bila nak pakai tudung tak kesian dekat abah ka…abah saya ada tegur juga dan yang paling bising mak sayalah…perlahan lahan saya himpun baju kurung..

Peringkat ke satu peringkat saya mula bercakap dengan hati sampai bila aku nk macam ni..setiap malam akan ada bayangan menghantui saya..sampai bila saya nak macam ni…bermain di fikiran…

Memang saya ada niat sebelum 30 saya nak berubah..saya akan ke masjid bila time ada kelapangan..sembahyang jemaah..

Saya solat pakai seperti perempuan pakai kain telekung…

Alhamdullillah tahun 2015 27/11 saya mula pakai tudung…kekuatan saya datang ini semua dari Allah…

Saya berubah kerana Allah..saya kesiankan abah saya tanggung dosa saya…saya jejak kaki ke masjid untuk solat jemaah..

Alhamdullillah bengkel frozen food saya ketika itu dalam untuk siapkan..saya pikir Allah bagi macam macam pada saya..kenapa aku tak boleh tunaikan apa yang DIA nak..Allah
Dia cuma nak keikhlasan kita…niat kita..

Alhamdullillah…untuk memulakan hidup baru saya aply loan dapat… Allah permudahkan..

Hidup akan selalu ada dugaan..itu tanda Allah sayangkan saya…nak berubah memang payah kena kuat lawan..yang penting solat rajin buat solat taubat nasuha.. berzikir..muhasabahkan diri…bila saya buat Solat taubat nasuha tu lah Allah bagi jalan pada saya..sebelum ini saya takut…nak buat…saya pikir sampai bila saya tak nak buat nanti kalau saya mati…macamana…?

Alhamdullillah sampai sekarang saya buat…bila saya berhijab ni tido pon lena rasa sangat bahagia…nikmat Allah bagi…Saya redha apa terjadi dalam hidup saya..ada sebab ujian ini pada saya..setiap berlaku ada tertulis dalam al quran..fmly saya Alhamdullillah orang yang jaga agama…

saya masih berkawan dgn pengkid..saya sembang mcm biasa…tak buang mereka…cuma saya pesan jg solat rajin2 sedekah ingat mak abah..saya tak paksa mereka berubah..

saya banyak cakap tentang akhirat …pada mereka…sapa saya nak hukum mereka..saya sayangkan kawan kawan saya..

Saya harap suatu hari nanti mereka akan jadi lebih baik dari saya..

Saya faham nak berubah bukannya senang..tambah nak dekatkan diri degan Allah…kena kuat banyakkan bersabar jaga solat istifar in sha Allah..Allah akan tolong..

Macam saya lalui hidup bergelar seorang “Pengkid”…memang terlalu sukar untuk saya berubah…banyak dosa saya.

Alhamdullillah hidayah Allah bagi pada saya…jangan putus berdoa..time sujud tu saya akan minta dengan Allah…sampai orang tegur saya dahi sampai hitam….time solat selalu air mata mengalir..time solat tahjud tu lah saat paling bermakna…

Walaupun saya pengkid saya tahu ini salah dalam islam…selalu dengar ceramah…saya tahu Allah itu ada..Allah itu wujud…sampai satu tahap saya dah penat dengan dunia pengkid..

Saya nak berubah saya tak bagi tahu sesiapa…just cakap dekat adik teringin nak pakai tudung..tapi tak tahu bila.

Saya teringin sangat tengok kawan kawan saya berubah…macam saya…ada niat saya teringin nak berdakwah…saapa lah saya manusia yang kerdil yang penah buat silap…

Saya tak salahkan sesiapa dan Allah..kenapa saya di uji sebegini…apa terjadi ada hikmah…

Alhamdullillah sebelum 30 saya dah berhijab..Allah makbulkan doa mak abah saya yang tak henti henti doa..

13 tahun saya hidup bergeluman dengan penuh dosa…

2003 – 2015…hanya Allah sahaja yang tahu apa yang saya lalui…itu lah sebabnya saya tak akan pandang hina pada golongan yang hidup sonsang.. kerana saya faham mereka..saya penah lalui…saya tak akan buang kawan kawan saya…

Semoga Allah permudahkan urusan bisnes saya..sekarang saya rasa selesa pergi mana mana kerana saya dah bertudung…dulunya risau semua ada..sebab saya pengkid…

Saya doakan agar kawan kawan Pengkid saya akan jadi lebih baik dari saya..saya tak akan sisih kawan kawan saya…mudahan Allah bagi hidayah dan pertunjuk pada mereka…

Syukur….

Terima Kasih Abang Ali Russia….tak sangka Allah bertemu juga Yus dengan Abang Ali Russia (di alam maya)..

Semasa di pekan Kuah Langkawi tempat Yus pergi tu ada seorang hamba Allah yang bercakap soal penghijraan para artis..mungkin itu Abg Ali yang bercakap…terdetik dalam hati ingin berjumpa hamba Allah yang sampaikan dakwah ketika itu…

Syukur Alhamdullillah akhirnya Allah atur sangat cantik dapat juga Yus kenal siapa Abang Ali..itu orang cakap nak berubah kena dekatkan diri dgn orang-orang yang beriman…
Teruskan berdakwah abg ali…

Allahu rabbi

May Allah bless you
Syukran jazilan

Psst : Allahu..sangka baik kepada semua makhluk…

Sumber: Ali Zaik Bin Ibrahim



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post