Gambar pemilik kereta di China tampal sticker hantu untuk takutkan pemandu yang guna lampu tinggi

Pemandu kereta di China menggunakan cara kreatif iaitu dengan menampal sticker hantu reflektif pada cermin belakang kenderaan mereka untuk menakut-nakutkan pemandu lain yang menggunakan lampu tinggi ketika memandu.

Namun, pemandu yang menggunakan ‘teknik mengejutkan’ itu boleh dikenakan hukuman kerana boleh menyebabkan bahaya di jalan raya, kata agensi berita Xinhua.

Gambar pemilik kereta di China tampal sticker hantu untuk takutkan pemandu yang guna lampu tinggi

Gambar pemilik kereta di China tampal sticker hantu untuk takutkan pemandu yang guna lampu tinggi

Polis trafik di Jinan, wilayah timur Shandong, mula sedar poster-poster hantu dengan muka pucat dan lidah merah ditampal oleh pemandu di sini.

Di laman beli belah Taobao, berpuluh-puluh kedai mula menjual stiker menakutkan itu. Menurut deskripsi di laman produk, salah seorang penjual berkata stiker itu tidak akan kelihatan jika tiada pancaran lampu dan boleh memberi tindak balas refleks sekiranya pemandu di belakang menggunakan lampu tinggi.

Di Jinan, pemandu yang melekatkan stiker itu boleh didenda 100 Yuan (RM63) bagi setiap satu.

Polis berkata hukuman akan jadi lebih berat jika stiker terbabit menyebakan kemalangan jalan raya.

SumberThe Star

 

 

 

 

Via: SK



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post