Gambar Siti Saleha bertunang dengan Lutfi Azhar

Gambar Siti Saleha bertunang dengan Lutfi Azhar | AKTRES jelita, Siti Saleha Baharom, 26, dilaporkan melangsungkan majlis pertunangannya dengan Lutfi Azhar, 30,  pada majlis tertutup di kediaman keluarganya di Klang, hari ini.

Gambar Siti Saleha bertunang dengan Lutfi Azhar

Gambar Siti Saleha bertunang dengan Lutfi Azhar

Media tempatan melaporkan, pelakon cantik yang sedang popular dengan drama ‘7 Hari Mencintaiku’ itu sudah bercinta dengan Lutfi sejak tahun lalu.

“Sebelum ini, saya hanya dengar namanya melalui teman selama dua tahun. Apabila diperkenalkan, bermula sebagai kenalan biasa, lama-kelamaan apabila kerap bertemu, hubungan kami mulai rapat.

“Saya tidak sangka, Lutfi melamar saya ketika kami menghadiri majlis perkahwinan teman baiknya di Cancun, Mexico, Julai lalu. Sejurus selepas dilamar, rombongan lelaki menyusul datang merisik,” beliau dipetik sebagai berkata.

Siti Saleha juga menafikan menyorok berita pertunangannya dengan Lutfi kerana beliau memang berhajat mengadakan majilis ringkas dan tertutup.
 

Sumber: Sinar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post