Hadiri Pengebumian Nenek Bangsa Cina, Johan Dan Ozlynn Dikecam Teruk

Niat untuk berkongsi kesedihan disebabkan pemergian insan tersayang telah bertukar menjadi bahan kecaman netizen di laman Instagram Johan dan Ozlynn.

Gambar yang dimuat naik oleh pelawak terkenal tanah air, Johan yang menghadiri upacara pengebumian neneknya yang berbangsa Cina dan bukan seorang Muslim menimbulkan pelbagai perasaan kurang senang dan reaksi negatif dari pengikutnya.

Hadiri Pengebumian Nenek Bangsa Cina, Johan Dan Ozlynn Dikecam Teruk

Mereka menyifatkan yang tindakannya untuk memberi penghormatan terakhir pada jenazah neneknya itu tidak selari dengan ajaran Islam.

Apatah lagi disebabkan dia dan isterinya, pelakon Ozlynn memakai pakaian yang menyerupai ahli keluarga Cina yang lain.

Hadiri Pengebumian Nenek Bangsa Cina, Johan Dan Isteri Dikecam Teruk

Kebanyakan sudah pun tahu yang Johan memang berasal dari keluarga berbangsa Cina kerana sebelum ini dia sudah pun menyatakan latar belakang keluarganya kepada para peminat.

Disebabkan diserang pelbagai komen yang menghentam dirinya sekeluarga, Johan telah memuat naik satu lagi gambar meluahkan rasa yang terbuku di dalam hati ibunya.

Hadiri Pengebumian Nenek Bangsa Cina, Johan Dan Isteri Dikecam Teruk

Hadiri Pengebumian Nenek Bangsa Cina, Johan Dan Isteri Dikecam Teruk

Kasihan Johan sekali lagi menjadi mangsa kecaman netizen yang kebanyakannya berlagak Tuhan dengan menjatuhkan hukum sesuka hati.

Harap mereka sekeluarga tabah menghadapi dugaan ini, ya?

Post a Comment

Previous Post Next Post