Hillary Clinton larikan diri ke dalam hutan lepas kalah kepada Trump

Bekas calon Presiden Amerika Syarikat (AS) daripada parti Demokrat Hillary Clinton, dilihat ada cara tersendiri untuk menghilangkan rasa sedihnya selepas tewas dalam pertandingan pemilihan presiden negara itu baru-baru ini.

Beliau kali terakhir dilihat masyarakat awam ketika menyampaikan pidato kekalahannnya di Hotel New Yorker.

Hillary Clinton larikan diri ke dalam hutan lepas kalah kepada Trump

Hillary Clinton larikan diri ke dalam hutan lepas kalah kepada Trump

Namun, seorang wanita yang bernama Margot Gerster terjumpa Hillary ketika berjalan kaki di kawasan hutan Chappaqua, New York.

“Ketika kami berjalan, aku mendengar ada suara…dan ternyata itu dia (Hillary). Aku memeluknya dan bercakap dengannya…,” katanya lapor CNN.

Difahamkan Hillary memang tinggal di kawasan Chappaqua, New York.

Dalam foto yang dirakamkan suaminya, Bill Clinton, Hillary dilihat mengukir senyuman mesra.

“Setelah mendapat pengalaman yang gila, luar biasa gila, dia (Hillary) terlihat seperti kebanyakan orang pada umumnya. Dia bersikap baik, sopan, dan ramah kepada saya,” katanya lagi.

Di pertemuan itu, Margot turut meluah perasaanya terhadap Hillary, katanya dia bangga memilih Hillary namun pasrah selepas wanita itu tewas.

“Bagaimanapun, dia tidak mahu bercakap soal politik dengan serius,” katanya.

Katanya, tujuan dia memaparkan foto itu adalah untuk membuat orang ramai tersenyum.

“Kelmarin adalah hari yang sangat gelap, aku mengharapkan agar gambar ini membawa mesej ketenangan dan keindahan kepada sesiapa yang memerlukannya,” katanya.

 
 
Sumber: Sinar


lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post