Ibu buang bayi baru lahir dalam tandas lapangan terbang sebab tak mahu terlepas penerbangan

SEORANG ibu warga Nigeria ditahan selepas didakwa buang bayi baru lahir dalam tong di tandas lapangan terbang, dengan alasan kerana tidak mahu terlepas penerbangan sambungannya.

Bayi itu ditemui di dalam beg plastik oleh seorang pencuci di Lapangan Terbang Antarabangsa Vienna.

Bagaimanapun, bayi tersebut meninggal dunia kemudian di hospital pada awal pagi Khamis lalu.

Ibu buang bayi baru lahir dalam tandas lapangan terbang sebab tak mahu terlepas penerbangan

Ibu buang bayi baru lahir dalam tandas lapangan terbang sebab tak mahu terlepas penerbangan

Pihak berkuasa mengenal pasti suspek merupakan wanita berusia 27 tahun sebagai ibu kepada bayi berkenaan. 

Menurut laporan media tempatan, suspek menaiki penerbangan dari Minsk, Belarus ke Washington DC, dan memberi keterangan kepada pihak berkuasa bahawa dia tidak mahu terlepas penerbangan sambungannya.

Seorang jurucakap polis berkata, wanita itu ditemui dalam keadaan berlumuran darah di ruang menunggu sebelum dibawa ke hospital.

Wanita berkenaan dilaporkan mendakwa dia beranggapan anaknya mati selepas dilahirkan.

Pihak berkuasa bagaimanapun memberitahu kematian bayi itu akibat kekurangan oksigen. – Mail Online

Sumber: Mstar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post