Ini padahnya parking kereta depan pintu masuk pusat sampah!

Seorang lelaki nyata tersilap memilih tempat meletak keretanya ketika keluar menemui rakannya di Zhengzhou pada Selasa lalu apabila kenderaan itu akhirnya menjadi tempat himpunan sampah sarap.

Kereta dihias timbunan sampah

Kereta dihias timbunan sampah

Lelaki bernama Shang itu tidak sedar dia meletakkan kenderaan utiliti sukan (SUV) miliknya di depan pusat kutipan sampah dan menghalang pintu masuknya.

Kerana berang tidak dapat masuk ke ‘rumah sampah’ itu, kakitangan pembersihan membuang semua sampah dibawa ke atas jalan raya di keliling kereta Shang.

Malah mereka turut mengutip lebih banyak sampah lagi yang juga dilonggokkan di situ.

Apabila Shang kembali ke keretanya beberapa jam selepas itu, dia terkejut mendapati kira-kira 10 tan sampah di sekeliling keretanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

 

Sumber: Harian Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post