Jamal kata dana RM2.6b Najib dan duit Soros tak sama

Jamal kata dana RM2.6b Najib dan duit Soros tak sama | Pemimpin gerakan baju merah Datuk Seri Jamal Md Yunos mempunyai pendirian jelas – tiada mana-mana kuasa asing berhak sama sekali campur tangan dalam urusan negara.

Jamal kata dana RM2.6b Najib dan duit Soros tak sama

Jamal kata dana RM2.6b Najib dan duit Soros tak sama

Itu antara sebab beliau ingin mendapatkan penjelasan mengenai geran yang dikeluarkan Open Society Foundations (OSF) – sebuah pertubuhan dikaitkan dengan hartawan AS, George Soros – kepada Malaysiakini.

Malah Jamal berkata beliau mungkin membawa 20,000 orang untuk mengadakan protes di depan Malaysiakini, selain membayangkan bangunan portal berita itu akan runtuh pada Sabtu ini.

Justeru apabila ditanya mengenai isu derma bernilai RM2.6 bilion didakwa disumbang hartawan Arab kepada Datuk Seri Najib Razak, Jamal berkata ia dua “perkara berbeza” kerana membabitkan “derma” dan “campur tangan”.

“Siapa yang beri sumbangan? Yang jelas, Soros.

“Kalau bandingkan dengan dana Najib, itu sumbangan untuk beri kebaikan kepada sebuah kerajaan Islam, berbeza, tapi Soros beri dana untuk runtuhkan sistem.

“Ia sudah terbukti di banyak negara yang berlaku revolusi. Ini yang dibimbangkan, bukan siapa yang menyumbang,” katanya kepada media di Petaling Jaya hari ini.

Perdana menteri secara konsisten menafikan terlibat dalam sebarang salah laku berhubung derma asing bernilai RM2.6 bilion itu.

Beliau juga menafikan dana yang dimasukkan ke akaun persendiriannya itu berasal dari syarikat pelaburan milik negara, 1MDB.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali awal tahun ini berkata dana itu adalah sumbangan daripada anggota keluarga bangsawan Arab Saudia dan sebahagian besar daripadanya sudah dipulangkan.

Bagaimanapun Jabatan Kehakiman AS – pada Julai lalu – mengeluarkan saman sivil bagi mendapatkan semula wang bernilai lebih AS$1 bilion (RM4.2 bilion) didakwa mereka diambil daripada 1MDB.

Najib bagaimanapun berkata saman berkenaan tidak membabitkan beliau, kerajaan atau 1MDB.

Sebelum itu Jamal bersama beberapa pengikutnya mengadakan pertemuan sambil menikmati kopi O dan teh tarik di kafe Malaysiakini.

Dalam pertemuan itu Jamal diberi penjelasan oleh Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini, Steven Gan, Ketua Pengarang RK Anand dan Pengarang Bahasa Malaysia Jimadie Shah Othman.

Menurut Jamal sesetengah pihak seperti pembangkang dan kumpulan BERSIH sengaja enggan memahami atau menerima penjelasan mengenai derma kepada perdana menteri itu.

Ia, katanya, disebabkan pihak terbabit hanya “mahu mendengar apa yang mereka mahu dengar.”

Sumber: Malaysiakini



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post