Kanak-kanak 2 tahun maut dilanggar, pintu kereta terbuka semasa buat pusingan U

Kanak-kanak 2 tahun maut dilanggar, pintu kereta terbuka semasa buat pusingan U | Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut apabila terjatuh dari pintu kereta yang terbuka sebelum dilanggar, malam tadi.

Jayden Goh Hao Zheng yang duduk di belakang kereta dipandu bapanya, dikatakan terjatuh apabila pintu kenderaan itu terbuka secara tiba-tiba ketika bapanya melakukan pusingan U di Jalan Lebuh Cemerlang, Ulu Tiram, dekat sini, kira-kira jam 8.30 malam tadi.

Kanak-kanak 2 tahun maut dilanggar, pintu kereta terbuka semasa buat pusingan U

Kanak-kanak 2 tahun maut dilanggar, pintu kereta terbuka semasa buat pusingan U

Gambar hiasan dari Media Permata

Ibu mangsa berada di tempat duduk penumpang hadapan.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Jokhiri Abd Aziz, berkata bapa mangsa membuat pusingan U dari arah Desa Cemerlang menghala ke Plentong, dekat sini.

“Ketika membuat pusingan U, pintu belakang kereta terbabit terbuka dan menyebabkan mangsa terjatuh.

“Pada masa sama, sebuah kenderaan di belakang kereta keluarga itu dipercayai tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa yang terjatuh di tengah jalan.

“Mangsa yang cedera parah di kepala disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Ismail (HSI), dekat sini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Sumber: Bharian



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post