Kanak-kanak maut termakan ubat darah tinggi kepunyaan nenek

Seorang kanak-kanak berusia empat tahun maut akibat termakan ubat darah tinggi milik neneknya di Simpang Pertang, di sini, kelmarin.

Mangsa dikenali sebagai Lee meninggal dunia di Hospital Tuanku Najihah (HTAN) Kuala Pilah, kira-kira 1 petang setelah mengalami muntah-muntah sejurus termakan ubat berkenaan.

Kanak-kanak maut termakan ubat darah tinggi kepunyaan nenek

Kanak-kanak maut termakan ubat darah tinggi kepunyaan nenek

Menurut sumber, mangsa sebelum itu menelan sekurang-kurangnya enam biji ubat yang disangkanya gula-gula.

Katanya, kejadian disedari ibu mangsa apabila mendapati kanak-kanak itu mengalami muntah-muntah yang luar biasa.

“Mereka fikir anaknya telah termakan benda beracun kerana keadaan mangsa pada ketika itu sangat lemah akibat mengalami muntah-muntah yang teruk.

“Namun, kanak-kanak itu sempat memberitahu dia telah makan ‘gula-gula’ neneknya yang ada di atas meja.

“Sebaik sahaja melihat keadaan anaknya semakin lemah, mangsa kemudian dihantar ke hospital untuk tindakan susulan,” katanya di sini, semalam.

Menurut sumber, mangsa yang merupakan anak bongsu dari tiga orang adik-beradik itu merupakan seorang yang periang.

Sumber: Sinar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post