Kerana Warda Suri Hati Mr Pilot, tudung Lofa laris di pasaran

Kerana Warda Suri Hati Mr Pilot, tudung Lofa laris di pasaran | Populariti diraih drama Suri Hati Mr Pilot bukan sekadar meledakkan nama dua bintangnya, Neelofa dan Fattah Amin, malah turut membantu melariskan jualan tudung diusahakan aktres berkenaan.

Memulakan perniagaan tudung Naelofar Hijab sejak 2014, pelakon yang juga menyerlah di arena pengacaraan itu mengeluarkan koleksi tudung Warda, sempena pembabitannya dalam drama terbabit.

Kerana Warda Suri Hati Mr Pilot, tudung Lofa laris di pasaran

Kerana Warda Suri Hati Mr Pilot, tudung Lofa laris di pasaran

“Selepas siri drama itu bersiaran di kaca televisyen, memang saya mendapat pelanggan tudung baharu.

“Ramai wanita di luar sana yang menyukai koleksi tudung Warda kerana mereka sudah jatuh hati dengan watak saya lakonkan itu. Apa yang Warda pakai dalam drama itu, koleksi samalah yang mereka hendak beli.

“Malah pada satu tahap, mereka ingin tahu di mana lokasi kedai tatarias kuku yang saya kunjungi bagi menjayakan babak dalam drama itu.

“Alhamdulillah, impak drama itu cukup besar hingga perniagaan saya sendiri semakin berkembang. Ia sesuatu yang tidak disangka. Platform pemasaran perniagaan yang saya rancang ini cukup memberikan kesan positif,” katanya yang turut menjadikan laman sosial sebagai ‘senjata’ mempromosikan drama dan perniagaannya, termasuk kempen di Instagram.

Menurut Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH 29 ini, selepas mendapat tawaran berlakon drama berkenaan, beliau merangka perancangan bersama pasukan pemasaran untuk menonjolkan imej dan gambaran watak Warda itu sendiri.

“Sebelum berlakon drama ini, memang saya nak buat ‘comeback’ terbaik di arena seni dan perniagaan. Jika saya boleh menggunakan kedua-duanya sekali dalam satu masa, kenapa tidak saya memanfaatkannya?

“Jujurnya, saya memang tidak pernah menyangka kesannya sebegini hebat. Pada masa mendatang, kalau ada lagi peluang, saya ingin melakukan sesuatu yang lebih baik lagi. Saya nak cari sudut yang berbeza daripada apa yang sudah digunakan sebelum ini,” katanya yang sangat berterima kasih kepada pengarah drama itu, Michael Ang, kerana mengizinkannya menggunakan koleksi tudung terbabit ketika penggambaran.

Sumber: Bharian



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post