LHDN kata potongan cukai penampilan diri untuk artis sudah diberikan selama ini

Potongan cukai penampilan diri untuk penggiat seni sudah diberikan selama ini, jelas Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Kerajaan memberikan potongan bagi bayaran jurusolek dan sewaan pakaian, selain beberapa kos lain seperti pengurusan artis dan pengiklanan, kata seorang jurucakapnya.

potongan cukai penampilan diri untuk artis

potongan cukai penampilan diri untuk artis

potongan cukai penampilan diri untuk artis

Kos perjalanan seperti petrol, tol dan caj parkir juga boleh dimohon untuk dikecualikan cukai, kata pegawai perhubungan awam LHDN Masrun Maslim kepada ProjekMMO hari ini.

“Untuk perbelanjaan jenis ini, tiada peruntukan atau amaun tertentu yang ditetapkan. Ia terpulang kepada perbelanjaan sebenar seseorang artis tersebut dalam menjalankan profesion mereka,” katanya.

“Setiap tahun mereka kena hantar Borang B. Jadi mereka boleh tuntut belanja operasi setiap tahun.

“Mereka perlu simpan semua dokumen sokongan seperti invois [termasuk, pembelian alat solek] baucer bayaran jurusolek dan pengurus artis, resit pembelian dan lain-lain.”

Beliau diminta mengulas saranan Nora Danish semalam yang menyeru kerajaan memberikan “sedikit pelepasan” cukai sebagai kos “penampilan diri”.

Baca artikel sebelum: Nora Danish minta artis dikecualikan bayar cukai untuk tampung kos penampilan diri

“Cuma apa yang saya harap ada sedikit pelepasan buat selebriti macam kami ini. Bukan apa, dalam waktu sekarang kami banyak mengeluarkan wang untuk penampilan diri.

“Jadi, [bayaran] ini adalah sebahagian daripada kerja dan ia barangkali boleh dimasukkan sebagai kos kerja bagi kami,” kata pelakon itu dalam wawancara dengan Utusan Malaysia.

Mengulas lanjut, Masrun berkata LHDN menganggap kos atau bayaran tersebut “perbelanjaan operasi” sebagai penggiat seni.

“Sebenarnya, terma yang kami gunakan bukanlah pelepasan cukai sebaliknya terma yang betul ialah perbelanjaan operasi sebagai artis dan selebriti,” katanya lagi.

Tambahnya, kebanyakan penggiat seni dikenakan cukai tinggi kerana tidak menghantar borang cukai dan gagal menyediakan penyata pendapatan yang lengkap dengan dokumen sokongan.

Cadangan Nora menimbulkan kontroversi apabila ada pengguna internet membuat andaian golongan artis mahu mengelak cukai walau beliau hanya menyebut soal “kos penampilan diri”.

 

Sumber: Projek MMO



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post