Mahkamah Mesir batalkan hukuman mati Morsi dan pemimpin atasan Ikhwanul Muslimin

Mahkamah Mesir batalkan hukuman mati Morsi dan pemimpin atasan Ikhwanul Muslimin | Mahkamah tertinggi Mesir membatalkan hukuman mati terhadap bekas presiden Mohammed Morsi dan sekumpulan pemimpin atasan Ikhwanul Muslimin, lapor BBC.

Morsi, dan lima lagi pemimpin pertubuhan Islam berpengaruh itu, dikenakan hukuman tersebut berhubung kes lari dari penjara semasa revolusi 2011 menggulingkan Hosni Mubarak.

Mahkamah Mesir batalkan hukuman mati Morsi dan pemimpin atasan Ikhwanul Muslimin

Mahkamah Mesir batalkan hukuman mati Morsi dan pemimpin atasan Ikhwanul Muslimin

Beliau yang dipilih menjadi presiden pada 2012 dijatuhkan oleh tentera susulan bantahan meluas terhadap kepemimpinan setahun kemudian.

Morsi masih menjalani hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan berkaitan terorisme dan masih dibicarakan bagi pertuduhan-pertuduhan lain.

Hukuman penjara seumur hidup 21 anggota Ikhwanul Muslimin juga dibatalkan oleh mahkamah sama hari ini.

Morsi lari dari penjara Wadi Natroun pada Januari 2011 dan didapati bersalah berpakat dengan militan asing untuk membebaskan pejuang-pejuang Islam yang dipenjara.

Sumber: Malay Mail



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post