“Mahu kesian Dato Red pun nak buat macam mana, cari artis lain saja” – Ruhainies

Detik hitam yang pernah dilalui membuatkan pelakon Ruhainies waspada untuk tidak mengulangi kesalahan serupa pada masa akan datang.

Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas berkata kontroversi bersama Datuk Seri Adnan Abu sudah berlalu dan tiada lagi kerjasama bersama individu bergelar Datuk Red itu.

Tiada kasihan buat Datuk Red, cari artis lain saja, pinta Ruhainies

Tiada kasihan buat Datuk Red, cari artis lain saja, pinta Ruhainies

“Sejak daripada kontroversi itu memang tiada [apa-apa projek], tiada lagi hubunginya. Kalau boleh saya elakkan sebab sudah berlaku benda macam itu.

“Kalau kerjasama lagi akan jadi isu lain pula lepas ini. Jadi saya tak mahu dan elak daripada benda ini timbul.

“Saya akan tolak [kerjasama lagi],” katanya kepada ProjekMMO.

Adnan dalam satu wawancara pada Ogos lepas mengakui cubaan untuk mengenali lebih rapat Ruhainies terbantut selepas fotonya merangkul pinggang pelakon itu tersebar di media sosial.

Katanya, walau beliau menyukai Ruhainies, pertemuan bersama pelakon drama “Si Montel” itu diadakan atas tujuan kerja.

“Ruhainies ini otak berniaga. Saya suka dengan dia walaupun dia baru dalam bidang ini. Tetapi saya tidak tahu ‘toyol’ mana yang ambil gambar itu.

“Orang itu pergilah cari [rakam video] Katy Perry atau Brad Pitt. Ini saya yang dia pergi cari. Bagilah orang masuk jarum dulu. Masalah betul mereka ini. Kalau tidak, akan jadilah projek itu.

“Bila jadi projek itu, ikatan kasih sayang tersemailah di situ. Situasi menang-menang,” katanya kepada ProjekMMO dalam nada separuh berseloroh.

Pelakon drama “Hello Mr Perfect” hangat diperkatakan pertengahan tahun ini selepas video dan fotonya bersama Adnan tersebar di media sosial.

Dalam satu foto mereka di atas eskalator, ahli perniagaan itu dilihat memeluk Ruhainies dari belakang ketika sedang menaiki tangga bergerak. Pelakon itu bagaimanapun menafikannya.

Suami penyanyi Adira itu dilaporkan menyukai Ruhainies dan bersedia mengambilnya sebagai isteri.

Namun dalam laporan lain beberapa jam kemudian, Adnan berkata calon isteri ketiganya perlulah bercirikan seorang muslimah dan Ruhainies bukanlah orangnya.

Ruhainies, 24, berkata sikap Adnan yang tidak serius dalam pekerjaan membuatkannya serik untuk meneruskan apa-apa projek dengan pengamal poligami itu.

“Mahu kesian pun nak buat macam mana, beliau kena faham. Banyak lagi artis lain yang beliau boleh ambil selain saya.

“Sebab suka, itu yang saya nak elakkan. Kalau suka-suka ini saya tak mahulah sebab saya muda lagi. Bila kerja, saya nak kerja sahaja. Tak mahu ada isu peribadi dicampur adukkan.

“Kalau nama naik sebab macam itu, itu naik sebab negatif. Saya tak mahu macam itu. Saya mahu nama saya naik dengan cara positif,” katanya.

 

Sumber: Projek MMO



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post