Pengantin pengsan kebuluran akibat terperangkap dalam kesesakan luar biasa selama 20 jam

Pengantin pengsan kebuluran akibat terperangkap dalam kesesakan luar biasa selama 20 jam | SEPASANG bakal pengantin baharu di China yang dalam perjalanan ke majlis perkahwinan mereka mengharungi detik malang terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas hingga pengsan kebuluran.

Pengantin pengsan kebuluran akibat terperangkap dalam kesesakan luar biasa selama 20 jam

Pengantin pengsan kebuluran akibat terperangkap dalam kesesakan luar biasa selama 20 jam

Dalam kejadian pelik pada 22 November lalu itu, pasangan mempelai berkenaan difahamkan terperangkap selama 20 jam di dalam kenderaan tanpa sebarang makanan dan minuman.

Foto pengantin wanita yang memakai baju sejuk berwarna merah jambu sedang bersandar di bahu pasangannya tersebar menerusi laman sesawang negara itu.

Tersadai 20 Jam, Pengantin Pengsan Kebuluran Tersadai 20 Jam, Pengantin Pengsan Kebuluran

Menurut sebuah laman tempatan negara itu, selain pasangan pengantin itu, hampir 2,000 buah kenderaan lain juga terlibat dalam kesesakan lalu lintas luar biasa tersebut.

Difahamkan kesesakan itu berpunca akibat salji tebal yang melanda Pergunungan Qinling dan menghalang pergerakan lalu lintas lebuh raya Xian-Hanzhong di kedua-dua arah.

Susulan salji tebal yang melanda, banyak kenderaan berat tidak dapat meneruskan perjalanan selain beberapa kenderaan turut mengalami kemalangan akibat jalan raya yang licin juga menjadi punca kepada kesesakan.

Tersadai 20 Jam, Pengantin Pengsan Kebuluran

Salah seorang mangsa yang terlibat memberitahu wartawan bahawa mereka tidak dapat bergerak walau seinci pun selama 20 jam.

Bagaimanapun, keadaan pulih seperti sedia kala pada 23 November selepas pihak berkuasa tempatan mengerahkan seramai 70 anggotanya untuk membersihkan timbunan salji yang menghalang laluan.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post