Rakyat makin terbeban kenaikan harga minyak, Bajet 2017 gagal bantu rakyat?

BAJET 2017 gagal kerana tidak mampu mengatasi masalah kenaikan harga barangan sehingga membebankan kos sara hidup rakyat jelata.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memberitahu, selepas kenaikan harga minyak masak 5kg sebanyak 62 peratus, minyak petrol naik 48 peratus dan kenaikan kadal tol di empat lebuh raya mulai tahun depan, ia menggambarkan ketidakmampuan kerajaan untuk membawa kehidupan yang lebih selesa kepada rakyat secara keseluruhannya.

Rakyat makin terbeban kenaikan harga minyak, Bajet 2017 gagal bantu rakyat?

Rakyat makin terbeban kenaikan harga minyak, Bajet 2017 gagal bantu rakyat?

Memetik kenyataan daripada pemimpin DAP itu, Sin Chew Jit Poh melaporkan, kenaikan harga baharu minyak masak mulai 1 November lalu menyebabkan secara purata setiap keluarga akan menanggung tambahan sebanyak RM250 setahun untuk pembelian minyak masak.

Guan Eng turut menyatakan rasa kesal terhadap jawapan bertulis oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof di Dewan Rakyat kelmarin mengenai kenaikan kadar tol di empat lebuh raya mulai tahun depan.

“Sehingga tahun 2015, kerana untuk mengelakkan kenaikan kadar tol, kerajaan telah memberikan pampasan sebanyak RM917 juta kepada semua syarikat konsesi lebuh raya di negara kita.

“Bagi Syarikat Projek Lebuh raya Utara-Selatan (PLUS), hasil kutipan tol yang diperoleh sehingga tahun 2015 ialah sebanyak RM36.3 bilion, berbanding dengan kos pembinaannya yang hanya sebanyak RM5.9 bilion.  

“Syarikat konsesi lebuh raya ini sebenarnya telah memperoleh keuntungan dan pulangan kos pelaburan membina dan penyelenggara. Oleh itu, mereka sepatutnya menghapuskan kutipan tol dengan serta-merta,” kata Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan.

Penjaja terpaksa naikkan harga

Selepas kenaikan harga minyak masak dan minyak petrol mulai 1 November lalu, penjaja makanan antara golongan yang menerima tekanan kerana cuba tidak mahu menaikkan harga jualan mereka.

Namun demikian, golongan penjaja ini mahu tidak mahu terpaksa menaikkan harga jualan mereka juga sekiranya harga gas petroleum cecair (LPG)  dinaikkan mulai tahun depan.

Tinjauan yang dilakukan oleh China Press ke atas beberapa penjaja di sekitar Pudu, Kuala Lumpur mendapati, buat sementara waktu, mereka cuba mengekalkan harga lama kerana sekiranya harga dinaikkan, sudah pasti pelanggan tidak akan lagi berkunjung ke gerai mereka.

“Hari ini, pengguna cuba berjimat cermat, oleh itu kami sebagai penjaja pun tidak berani menaikkan harga dengan sesuka hati. sebenarnya minyak masak bukanlah kos yang tidak terlalu membebankan penjaja berbanding dengan LPG.

“Bagi penjaja makanan, biasanya satu tong gas hanya mampu digunakan selama tiga hari sahaja. Sekiranya harga gas dinaikkan, kami tiada pilihan terpaksalah naikkan harga jualan,” kata seorang penjual mi.  

BR1M rangsang ekonomi negara

Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) oleh kerajaan bukan sekadar wang ringgit kepada rakyat yang memerlukan, sebaliknya adalah untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negara.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Chua Tee Yong berkata, kebanyakan penerima BR1M tinggal di kawasan luar bandar, oleh itu ia sudah tentu dapat membantu merancakkan lagi perniagaan di luar bandar, terutama sekali untuk perniagaan kecil dan sederhana.

“Golongan yang berpendapatan kecil dan sederhana biasanya akan berbelanja di dalam negeri sahaja. Dengan ini wang daripada BR1M akan mengalir ke dalam negara kita juga,” katanya kepada China Press.

Dalam pada itu, Tee Yong memberitahu, intensif yang diberikan kepada pengusaha kecil dan sederhana dalam bajet setiap tahun oleh kerajaan bukan terhad setahun sebaliknya dilanjutkan selama dua tahun atau lebih.

“Bagaimana pun, ini perlu tertakluk kepada jumlah permohonan yang diterima. Sekiranya ramai pengusaha yang bermohon, insentif ini akan dilanjutkan dan begitu dengan sebaliknya, sekiranya tiada sambutan, ia akan ditutup untuk dimohon,” jelasnya.

 
 
Sumber: Sinar


lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post