Ramai lelaki yang kecewa bila ketahui identiti sebenar supermodel ini

Mendapat gelaran Pondan Tercantik Di Dunia, ‘gadis’ ini sebenarnya merupakan seorang supermodel terkenal di Thailand yang dikenali sebagai Nong Poy atau nama sebenarnya Treechada “Nong Poy” Marnyaporn yang mula menjadi terkenal setelah menyertai pertandingan Ratu Cantik “Miss Tiffany’s” pada tahun 2004.

Mempunyai paras rupa yang cantik dan menawan, pakej ini telah melayakkan dirinya untuk dinobatkan sebagai pemenang bagi pertandingan tersebut sekaligus menjadi detik itu sebagai titik mula bagi dirinya untuk melonjakkan diri dipentas kejayaan.

Ramai lelaki yang kecewa bila ketahui identiti sebenar supermodel ini

Ramai lelaki yang kecewa bila ketahui identiti sebenar supermodel ini

Sejarah dirinya pula sangat unik, ini kerana pada asalnya Nong Poy lahir di Phang Ngai,Thailand pada 5 Oktober 1986 sebagai seorang lelaki bersama keluarga bahagia.

Akan tetapi, keadaan keluarga tersebut tidak dapat membendung dirinya daripada berkeinginan untuk menjadi seorang wanita kerana beliau merasakan yang tuhan menciptakan dirinya dibadan yang salah.

Walaupun kecewa dengan kenyataan yang harus diterima,ini tidak menghalang diri Nong Poy untuk meneruskan kehidupan seperti biasa walaupun terpaksa berpura-pura menjadi seorang lelaki didepan kedua ibubapanya.Walaupun hanya untuk sementara waktu sahaja.

supermodel-tercantik-dari-thailand-ini-sebenarnya-bukan-seorang-wanita-8

Setelah mencapai usia 17 tahun, Nong Poy memberanikan diri untuk melakukan pembedahan pengubahan jantina bagi memenuhi impian yang diimpikan sejak kecil lagi iaitu menjadi seorang perempuan.

Walaupun terpaksa menanggung kesakitan yang teramat sangat dan terpaksa mengeluarkan wang yang banyak,namun semua itu terpaksa dilupakan demi mengejar impian tersebut.

Akhirnya,pembedahan itu berjaya mengubah dirinya daripada seorang lelaki menjadi seorang perempuan yang jelita. Berikut merupakan hasil daripada pembedahan tersebut yang bertahansehinggalah ke hari ini.

Sumber: Ohmymedia



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post