“Saya sendiri gurau kasar, takkan saya tak boleh terima orang bergurau dengan saya” – Michael Ang

“Saya sendiri gurau kasar, takkan saya tak boleh terima orang bergurau dengan saya” – Michael Ang | Pengarah drama Michael Ang tidak pernah terasa hati dengan gurauan rakan artis membabitkan bangsa beliau sebagai lelaki Cina yang sentiasa berada dalam kelompok Melayu.

Michael berkata, beliau tidak pernah menganggap gurauan seperti itu bersifat perkauman kerana tahu kebanyakan penggiat seni industri hiburan, masing-masing sering bergurau kasar antara satu sama lain.

"Saya sendiri gurau kasar, takkan saya tak boleh terima orang bergurau dengan saya" - Michael Ang

“Saya sendiri gurau kasar, takkan saya tak boleh terima orang bergurau dengan saya” – Michael Ang

“Jujurnya saya tidak pernah mengambil hati apabila orang bercakap seperti ‘Oi, kau buat apa di majlis orang Melayu, kau seorang saja Cina?’

“Mungkin ada yang ambil perkara ini secara negatif, tetapi dalam industri ini, kita saling bergurau kasar. Saya sendiri bergurau kasar dengan orang, takkan saya tidak boleh terima apabila orang bergurau dengan saya,” katanya kepada BH Online.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai sikap segelintir rakan artis yang sering bergurau kasar termasuk bersifat perkauman dengannya.

Sementara itu, Michael mengimpikan industri hiburan tempatan yang biasanya didominasi pengkarya Melayu dapat diubah dengan kehadiran pelbagai bangsa.

Kata Michael, beliau sudah mula mengubahnya sedikit demi sedikit dengan membabitkan artis bukan Melayu ke dalam drama arahannya.

“Kalau ada yang perasan, dalam cerita Suri Hati Mr Pilot, watak teman baik Ejaz, iaitu seorang mualaf bernama Johan dilakonkan oleh pelakon Cina, Alvin Chong.

“Akan datang, menerusi beberapa drama yang lain, saya akan terus menyelitkan watak bukan Melayu, barulah namanya ‘Satu Malaysia’,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Michael akan memulakan penggambaran drama Urusan Hati Cik Drama Queen dalam masa terdekat dan pada tahun depan pula, beliau akan mengarahkan teater muzikal Dia Semanis Honey yang akan dipentaskan di Istana Budaya.

Sumber: Bharian



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post