Singapura tak gembira, balas balik tindakan Malaysia

Singapura akan melaksanakan tindakan sepadan dengan langkah Malaysia mengenakan caj jalan raya (RC) sebanyak RM20 di dua pintu masuk darat ke Johor – Tambak Johor dan Link Kedua – yang berkuatkuasa hari ini.

Singapura tak gembira caj dikenakan Malaysia

Singapura tak gembira caj dikenakan Malaysia

Menurut Channel NewsAsia yang memetik kenyataan Kementerian Pengangkutan, caj jalan raya dikenakan Malaysia ‘adalah satu diskriminasi terhadap kenderaan yang didaftarkan di Singapura kerana ia hanya terpakai di pusat pemeriksaan Singapura’.

Menurut laporan itu, butiran terperinci mengenai langkah yang akan diambil itu akan diumumkan kementerian berkenaan tidak lama lagi.

Pada 29 Oktober lalu, Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kerajaan Malaysia tidak pernah bersikap diskriminasi dalam melaksanakan RC bagi kenderaan berpendaftaran luar negara dari Singapura yang memasuki Malaysia kerana ia juga akan dilaksanakan di pintu masuk dari negara lain secara berperingkat.

Menurut Liow, pelaksanaan RC itu sudah dimaklumkan kepada rakan sejawatan beliau dari Singapura.

“Singapura sudah mengenakan RC terhadap kami sejak beberapa dekad lalu. Kami baru sahaja hendak memulakannya sekarang.

“Tidak ada diskriminasi. Kami akan kenakan caj jalan raya bukan saja di sempadan kami dengan Singapura, tetapi juga di sempadan kami dengan Thailand, Brunei dan Indonesia pada kadar sama iaitu RM20 bagi setiap kereta,” kata Liow yang dipetik dalam laporan media sebelum ini.

 

Sumber: Harian Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post