“Suami saya tidak kisah, pakai tudung atau tidak sama saja” – Zarina Zainuddin tak janji bertudung semasa berlakon

“Suami saya tidak kisah, pakai tudung atau tidak sama saja” – Zarina Zainuddin tak janji bertudung semasa berlakon | Zarina Zainuddin berbelah bahagi sama ada ingin kekal bertudung, seperti dihajatinya, atau membuka pakaian itu untuk menjayakan lakonan.

Beliau sukar untuk berjanji tidak menanggalkan pakaian Islam itu demi memenuhi kriteria watak walau pernah menolak dua tawaran yang perlu menampakkan rambut.

"Suami saya tidak kisah, pakai tudung atau tidak sama saja" - Zarina Zainuddin tak janji bertudung semasa berlakon

“Suami saya tidak kisah, pakai tudung atau tidak sama saja” – Zarina Zainuddin tak janji bertudung semasa berlakon

“Sekarang saya dapat tawaran berlakon, mereka suruh buka tudung, saya tidak berani cakap saya bertudung sepenuhnya.

“Untuk drama akan datang, saya tidak tahu macam mana. Saya tidak janji apa-apa. Saya minta orang ramai doakan semoga saya kuat. 

“Buat masa ini, masih lagi selamat. Alhamdulillah masih terjaga dan terpelihara. Doakanlah saya,” kata Zarina, 45, ketika ditemui baru-baru ini.

Pelakon drama Menongkah Kasih akhir bulan lepas mengesahkan sudah kembali bertudung selepas mendapat hidayah mengerjakan solat subuh.

Beliau pada hujung bulan lalu juga menyatakan komitmen untuk berhijab sepenuhnya namun meminta sokongan doa daripada peminat.

Katanya, biarpun diberi watak antagonis, namun seboleh-bolehnya hijab itu akan dikekalkan.

Bercakap kepada ProjekMMO, Zarina berkata sebagai seorang pelakon sukar baginya untuk mengenakan tudung kerana perlu memenuhi watak yang diberikan.

“Saya masih berlakon. Dalam industri, saya masih seorang pelakon dan pelbagai watak yang saya lakonkan. Tidak semua watak yang kita boleh pakai tudung.

“Contohnya melakonkan watak wanita 1950-an. Pakai selendang, rambut terkeluar juga. Macam mana hendak buat? Pengarah tentu hendak jadikan babak itu logik.

“Minat saya mendalam dalam bidang [seni] ini. Saya cari makan dalam bidang ini, jadi saya tidak berani hendak cakap [bakal istiqamah],” katanya.

Isteri Datuk Seri Dr Abdul Raihan Wan Jaafar berkata suaminya tidak mengambil pusing soal berhijab, berbeza dengan pendirian anak-anaknya yang begitu menekankan pakaian itu.

Zarina menambah tudung bukanlah satu jaminan kebaikan seorang wanita kerana ia sekadar penampilan luaran.

“Suami saya tidak kisah pakai tudung atau tidak. Pakai tudung dan tidak pakai tudung sama saja. Ada dosa masing-masing.

“Jangan kata orang pakai tudung itu baik. Luaran saja yang kita nampak tetapi sebenarnya hati kena bersih.

“Saya harap peminat tidak nilai begitu. Cuma umur macam saya ini sesuai bertudung supaya kita lagi senang berjalan. Orang tidak kacau,” katanya.

Sumber: Malay Mail

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post