Syarat Permohonan Rumah Bina Negara ( RBN ) RISDA

Rumah Bina Negara RISDA

Golongan Belia Luar Bandar berusia 18 hingga 45 tahun yang sudah berkahwin namun belum memiliki rumah kini berpeluang memiliki kediaman sendiri menerusi inisiatif Transformasi Luar Bandar di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang mewujudkan perumahan generasi kedua luar bandar dikenali sebagai Rumah Bina Negara (BN), satu peluang yang baik untuk di manfaatkan.
Penerima rumah Noradila Mohamad Zain, 24, bersama suami Saiful Fazli Shaharudin, 36, dan anak Dhia Arissa Diyana bergambar di hadapan rumah mereka ketika pelancaran Rumah Bina Negara yang disempurnakan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Kampung Bintang hari ini. - Sumber BERNAMA
Penerima rumah Noradila Mohamad Zain, 24, bersama suami Saiful Fazli Shaharudin, 36, dan anak Dhia Arissa Diyana bergambar di hadapan rumah mereka ketika pelancaran Rumah Bina Negara yang disempurnakan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Kampung Bintang hari ini. – Sumber BERNAMA

Syarat Permohonan RUMAH BINA NEGARA ( RBN ) RISDA

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 – 45 Tahun semasa permohonan di hantar
  • Generasi Kedua Pekebun Kecil RISDA
  • Bermastautin Di KAMPUNG
  • Sudah Berkahwin
  • Tidak Memiliki Rumah Sendiri
  • Tanah Yang Bersesuaian
  • Bersetuju Kaveatkan Tanah
  • Mampu Menanggung Kos Penyediaan Tapak
Jika memenuhi syarat-syarat yang di tetapkan seperti diatas. Alhamdulillah Golongan Belia Pekebun Kecil kini yang mengimpikan untuk ada rumah kediaman sendiri terlaksana. Kata orang biar bermula dari kecil, asal semuanya selesa untuk diri sendiri dan keluarga.
Syarat Permohonan RUmah Bina Negara RISDA.
Syarat Permohonan RUmah Bina Negara RISDA.

Ansuran RM250 Sebulan  Sahaja Untuk Golongan Belia Pekebun Kecil Memiliki Kediaman Sendiri Terlaksana

Harga kos Rumah BN sebenarnya berharga RM65,000 namun atas inisiatif kerajaan yang telah memberikan insentif sebanyak RM20,000 menjadikan harga lebih rendah kepada RM45,000 seunit dengan ansuran bulanan serendah RM250 sebulan, rasanya itu sudah cukup mampu untuk mereka menanggung kos ansuran bulanan.
Rumah Bina Negara RISDA
Rumah Bina Negara RISDA
Dengan keluasan 700 kaki persegi, mempunyai ruang tamu, ruang makan, ruang balkoni, 3 bilik tidur dan 2 bilik air serta struktur kemasan lantai bersimen, dinding luar dan dalam bercat, bertingkap, berbumbung ‘metal deck’ berserta siling serta dilengkapi infrastruktur asas seperti elektrik, air, paip kumbahan dan longkang. Rasanya cukup untuk pasangan yang baru berkahwin untuk memulakan kehidupan sendiri. Insha allah.
Orang ramai yang berminat boleh mula mendapatkan borang permohonan di pejabat RISDA terdekat atau melalui pejabat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri masing-masing. Atau sebarang pertanyaan boleh menghubungi 03-42564022 ( Bahagian Program Khas RISDA ) 

Post a Comment

Previous Post Next Post