Takut aktivis Islam, pertandingan ratu cantik mak nyah dianjur secara rahsia

Pertandingan ratu cantik mak nyah terpaksa diadakan secara rahsia di sini Jumaat lalu kerana bimbang acara itu diganggu oleh pendukung Islam radikal.

Takut aktivis Islam, pertandingan ratu cantik mak nyah dianjur secara rahsia

Takut aktivis Islam, pertandingan ratu cantik mak nyah dianjur secara rahsia

Pie Nabh Tappii, 28, pemenang acara tersebut, menewaskan 18 lagi peserta untuk meraih hadiah 10 juta rupiah (RM3,286), trofi setinggi dua meter dan hadiah lain, lapor AFP semalam.

“Saya gembira tetapi saya menangis … Saya tidak menduga menang,” katanya kepada agensi berita itu selepas digelar Ratu Transgender Indonesia.

Mak nyah di republik itu disebut waria, gabungan kata “wanita” dan “pria.”

Dianjurkan dalam keadaan tertutup, hanya beberapa media terpilih diundang.

Semasa ia berlangsung, penganjur juga melarang mereka yang hadir menyebarkan sebarang foto pertandingan tersebut di media sosial.

Golongan Islam radikal, disebut pendukung “Islam garis keras,” semakin lantang dan berani menekan agenda mereka terhadap mak nyah, kumpulan aktivis “Islam liberal,” penganut ajaran Ahmadiyah dan juga Kristian.

Seminggu lalu, puluhan ribu menyertai demonstrasi menentang Basuki Tjahaja Purnama, atau popular dipanggil Ahok, gabenor Jakarta yang beragama Kristian dan beretnik Cina, yang didakwa “menghina al-Quran.”

Sumber: Malay Mail



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post