Terengganu Dilanda Bah!

Terengganu Dilanda Bah!

Gambar: teganukita.my

Hujan lebat dan gangguan sistem perparitan dikatakan penyebab kepada banjir di beberapa kawasan di Terengganu termasuk Kemaman dan Kuala Terengganu. Semalam, Berita Harian melaporkan antara kawasan dinaiki air termasuklah Jalan Kamarudin, Durian Burung, Jalan Sultan Omar dan Kampung Bunga (berhampiran Universiti Malaysia Terengganu), beberapa jalan utama di Dungun termasuk Kilometer 3, Jalan Paka - Bandar Al Muktafi Billah Shah dan Kilometer 89 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Simpang Durian Mentangau.

Sehingga jam 8 pagi ini, The Star melaporkan seramai 316 buah keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan berbanding 79 buah keluarga semalam. Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Pertahanan Awam, Mejar Amirsarafudin Zalman, mangsa banjir kini ditempatkan di lima buah pusat pemindahan sementara di Kemaman dan Kuala Terengganu iaitu di SMK Badrul Alam Shah di Kemasik; SK Teluk Kalong di Kijal, Dewan JKKK Kampung Titian Berayun, SK Gong Tok Nasek dan SK Chendering di Kuala Terengganu.

Kemaman merekodkan 303 mangsa daripada 74 buah keluarga di tempatkan di tiga buah pusat pemindahan manakala 13 lagi mangsa dariapda lima keluarga ditempatkan di dua pusat pemindahan di Kuala Terengganu. Seramai 30 orang ahli Bomba ditempatkan di tiga kawasan sebagai langkah berjaga-jaga. Penduduk di kawasan terlibat diminta berjaga-jaga dan mengawasi kanak-kanak bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Sebelum ini Jabatan Meteorologi Pahang menjangkakan hujan bakal melanda beberapa kawasan di pantai timur Semenanjung Malaysia bermula minggu kedua November dengan hujan lebat pada Disember dan Januari. Jabatan Meteorologi juga menjangkakan hujan akan terus melanda Terengganu untuk tempoh lima hari lagi diikuti dengan arus deras setinggi 3.2 meter di Kemaman dan 2.5 meter di Kuala Terengganu.

Tentunya saat-saat seperti ini kita amat mengharapkan satu inovasi untuk mengesan banjir pada peringkat awal seperti yang dihasilkan pelajar tingkatan lima dari Maktab Rendah Sains Mara Taiping. Jika teknologi ini dapat diaplikasi, kemusnahan dan kehilangan nyawa dapat dikurangkan.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post