Video Tun Mahathir, Muhyiddin Yassin & Mukhriz sertai perhimpunan Bersih 5

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di stesen LRT Bangsar untuk menyertai perhimpunan Bersih 5 di Kuala Lumpur.

Beliau ditemani bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang juga bekas Menteri Besar Kedah.

Video Tun Mahathir, Muhyiddin Yassin & Mukhriz sertai perhimpunan Bersih 5

Video Tun Mahathir, Muhyiddin Yassin & Mukhriz sertai perhimpunan Bersih 5

Terdahulu, pembantunya, Sufi Yusof berkata, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang menghadiri persidangan di Sudan telah tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang pada 12.30 tengah hari.

“Beliau turun dari pesawat dengan memakai kemeja-t kuning Bersih 5 di lapisan atas kemeja putih berkolarnya.

“Beliau dalam perjalanan ke Kuala Lumpur sekarang,” kata Sufi.

Pada Rabu, Dr Mahathir menerusi video mengajak rakyat Malaysia menyertai perhimpunan itu.

Tahun lalu, Dr Mahathir menyertai Bersih 4 bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Sumber: Mstar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post