Melalui viral di media sosial dengan dua gambar bertajuk ‘Bila Si Suami Nak Tengok Final Piala Malaysia, Tapi Isteri Paksa Tengok GV’, pemuda berkenaan dikatakan sedang menyaksikan perlawanan Piala Malaysia yang dimenangi Kedah ke atas Selangor Ahad lepas.

Namun hakikatnya, pemuda berkenaan yang menggunakan nama Mohammad Zaid Rasul di Facebook menafikan yang beliau sudah berkahwin.

“Oh…please Malaysian Digest, saya belum lg kawen lg oi… (Oh tolonglah Malaysian Digest, saya belum lagi berkahwin),” kata beliau dalam satu status yang dimuat naik Isnin lepas.

Menurut beliau, memang beliau tidak mahu melepaskan peluang menonton perlawan pasukan negerinya Selangor namun dalam masa yang sama ingin memberi sokongan kepada para peserta GV3.

Akibat daripada viral berkenaan, Mohammad Zaid ‘dibahan’ rakan-rakan terdekat yang mengatakan dia berkahwin senyap-senyap dan tidak menjemput rakan-rakan.

Seorang rakannya, Wanny Rasol memuat naik status: “Nanti jap aku carikan kau bini..hahahahahahahahahhahahah.. Dah pemes. Mohammad Zaid Rasul (Nanti sekejap, saya akan carikan anda seorang bini. Dah terkenal Mohammad Zaid Rasul).”

Status berkenaan asalnya dikongsi oleh pengguna Twitter, IZZ.KAMIL (@izzkamilhalda) dan mendapat 5,356 Retweet dan 1,405 Like.

Sumber: UTUSAN ONLINE