6 Bandar Terbaik Untuk Penggemar Street Food

Apabila pergi mengembara ataupun melancong pasti makanan adalah salah satu cara untuk kita mengenali budaya sesuatu tempat dan memahami cara hidup mereka.

BACA: Idea Pasangan Thailand Ambil Gambar Kahwin Di Gerai Makan Jalanan Tarik Perhatian

Tempat terbaik untuk mengenal makanan tradisional negara yang kita lawati adalah dengan pergi ke tempat yang menjual street food, bahkan harganya juga berpatutan dan rasanya lebih asli kerana dibuat oleh masyarakat setempat.

Kami senaraikan enam buah terbaik untuk anda cuba street food di sana kerana pelbagai makanan dan keunikan yang terdapat di sana.

1. Singapura


Apabila anda melawat negara ini usah risau akan kebersihan street food kerana penguatkuasaan tentang kebersihan di sana sangat menjadi prioriti. Di sana gerai-gerai akan mempamerkan gred kebersihan gerai mereka iaitu daripada gerai berkelas A sehinggalah D, jadi anda akan tahu gerai mana yang patut anda hindari sekiranya ingin makan di sana.

Dalam masa yang sama usah lupa untuk mencuba nasi ayam hainan, laksa mahupun makanan berasaskan seafood terutamanya bila anda berada di Lagoon Food Village.

2. Sdyney, Australia


Apa yang membezakan street food Australia dengan negara lain adalah di sana mereka lebih berkonsepkan food truck jadi apabila di sana anda disarankan untuk gunakan aplikasi telefon pintar Sdyney Food Truck dan akan memberitahu di mana lokasi food truck yang sedap untuk anda cuba.

3. Istanbul, Turki


Street food di Istanbul telah menjadi sebahagian daripada cara hidup di sana. Anda boleh dapatkan pelbagai jenis makanan baik makan tradisional Turki seperti Lahmacun (pizza turki), mısır, börek (pastri yang diisi dengan sayur dan cheese) sehinggalah kepada aiskrim Turki.

4. Bangkok, Thailand


Di ibu negara Thailand ini terdapat lebih daripada 12,000 penjual street food yang menjual pelbagai makanan baik pencuci mulut, snek mahupun makanan utama. Apabila di sana usah lupa cuba pulut mangga yang terkenal dengan rasa lemak dan manis itu.

5. Marrakesh, Morocco


Street food di Marrakesh memang penuh dengan warna warni daripada segi rasa, warna makanan, tekstur dan juga pengaruh budaya di sana. Usah risau berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan kerana di sana kerap diadakan pemeriksaan serta makanan yang berlebihan akan dilupuskan setiap malam. Anda patut cuba ghoulal yang seakan sup ekor, ma’qooda (bebola kentang goreng dan juga chebakia.

6. Mumbai, India


Terdapat lebih daripada 250,000 penjual makanan malah hampir setiap jalan di sana anda akan berjumpa dengan penjual makanan namun mungkin menjadi kerisauan daripada segi kebersihan ataupun keselamatan kerana sering kita dengar ramai yang sakit perut apabila mencuba street food di bandar ini. Usah risau kita terdapat 17,000 gerai yang sentiasa dipantau dan telah berdaftar yang menjaga kebersihan dan kualiti makanan yang disajikan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Post a Comment

Previous Post Next Post