Amyra Rosli terkejut dikecam gara-gara cerita jarinya hampir dijahit kerana buat kerja rumah

Dua hari lalu kecoh di laman sosial berkenaan cerita jari pelakon Amyra Rosli, 25, berdarah akibat kesilapan sendiri ketika membuka pisau yang masih dalam plastik.

Amyra Rosli terkejut dikecam gara-gara cerita jarinya hampir dijahit kerana buat kerja rumah

Amyra Rosli terkejut dikecam gara-gara cerita jarinya hampir dijahit kerana buat kerja rumah

Amyra turut mengakui bahawa dia sangat terkejut kerana cerita itu boleh jadi isu besar. Sedangkan niat pelakon Isteri Tuan Ihsan itu hanya mahu menjawab pertanyaan peminatnya sahaja.

Baca artikel sebelum: Jari Amyra Rosli Hampir Dijahit Kerana Lakukan Kerja Rumah

“Saya nak buka pisau baru yang masih dalam plastik tetapi cara saya pegang itu salah. Tak sedar bila buka plastik dalam masa yang sama saya menarik pisau. Jadi terhirislah jari saya sehingga membuatkan ia luka dan darah banyak keluar bahkan isi juga terkeluar. Terbatas jugalah urusan kerja rumah, lagi pun di jari tangan kanan.

“Seterusnya, apabila saya dan Amar diundang ke program MeleTop, Neelofa perasan jari saya berbalut dan penonton pun ada bertanya kenapa? Bukan di program itu sahaja, bila dah on air ramai yang tanya di laman sosial. Tak sempat nak jawab saya pun muat naik sekeping dan beritahu keadaan jari saya.

“Sejak beberapa hari saya mula perasan perkara itu menjadi isu yang besar,” ujarnya turut berterima kasih kepada peminat yang mendoakan luka dijarinya cepat sembuh.

Amyra ketika ditemui baru-baru ini MH Online sempat melihat sendiri jari lukanya tu, alhamdulillah sudah surut dan nak sembuh sepenuhnya.

“Saya sudah jumpa doktor untuk gam, tetapi saya tak mahu jahit sebab memang takut. Selepas gam, pernah ada hamba Allah terpegang dan terbuka balik, tercabut dan koyak balik semua di kawasan jari tu, ada hari tu pula berdarah semula dan pergilah jumpa doktor untuk rawatan seterusnya,” katanya sambil menunjukkan jari luka yang sudah kecut.

 

Sumber: Media Hiburan



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post