Buat benda pelik di gawang gol lawan, pemain bola sepak ini dituduh amal ilmu hitam

GARA-gara berkelakuan mencurigakan di gawang gol pasukan lawan, seorang pemain bola sepak di Afrika Selatan dituduh mengamalkan ilmu hitam.

Buat benda pelik di gawang gol lawan, pemain bola sepak ini dituduh amal ilmu hitam

Buat benda pelik di gawang gol lawan, pemain bola sepak ini dituduh amal ilmu hitam

Moussa Camara, penyerang pasukan Rayon Sports dikatakan berkelakuan sedemikian ketika berlawan dengan pasukan Mukura Victory dalam Liga Rwanda, baru-baru ini.

Aksi Camara yang dilihat meletakkan sesuatu di garisan gawang lawan ketika penjaga gol sedang sibuk menangkap bola turut dirakam oleh kamera.

Perbuatan itu lantas menyebabkan pasukan lawan marah dan mengejarnya di padang.

Bagaimanapun, saat permainan diteruskan, apa yang peliknya, sama ada suratan atau kebetulan, Camara berjaya menjaringkan gol beberapa saat selepas dia menjalankan ritual ilmu hitam di gawang gol pihak lawan.

Meskipun begitu, pasukan Mukura berjaya mengimbangi gol 1-1 beberapa minit selepas itu.

Difahamkan, negara Afrika sememangnya cukup popular dengan amalan ilmu hitam dan dukun.

Susulan itu, persatuan Bola Sepak Rwanda (FERWAFA) terpaksa membuat peraturan baharu di mana para pemain dilarang untuk menggunakan sebarang bantuan ilmu hitam dalam mana-mana perlawanan.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post