DAP tawar hapuskan GST dan kadar tol di Lebuhraya Utara-Selatan

Parti DAP hadir dengan tawaran baru yang akan membantu rakyat menghadapi masalah ekonomi masa kini.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata tawaran ini  khas dibuat demi meningkatkan taraf ekonomi rakyat Malaysia.

“Tawaran baru ini hadir dengan lembaran baru yang mahu menghapuskan skandal seperti 1MDB.

“Selain itu, kami juga akan hapuskan GST dan kadar tol di Lebuhraya Utara-Selatan demi meningkatkan hidup rakyat,” katanya ketika ucapan dasar sewaktu Persidangan Parti 2016 di sini, hari ini.

Tambahnya lagi, rakyat memerlukan harapan baru yang akan membantu mereka pada masa hadapan.

“Rakyat perlukan tawaran yang menawarkan kenaikan gaji, kemahiran yang lebih baik dan peningkatan produktiviti untuk pekerja dan industri di Malaysia.

“Di samping itu, jaminan pengangkutan awam yang lebih baik perlu ada, khidmat kesihatan, pendidikan dan perumahan juga akan dipertingkatkan untuk memenuhi keperluan rakyat,” tambahnya lagi.

Beliau juga turut mengatakan sudah tiba masanya untuk rakyat memilih antara autokrasi ataupun demokrasi.

“Pilihan di tangan anda untuk gelombang perubahan terhadap Malaysia, autokrasi atau demokrasi?” katanya.

 

Sumber: Sinar Harian



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post