Di Singapura jadi penulis, balik KL jadi gelandangan

Kira-kira 20 tahun lalu, Paul (bukan nama sebenar) menjalani hidup sangat berbeza di dalam kesibukan bandar raya Singapura.

Di sana, Paul yang berasal dari Ipoh, Perak bekerja sebagai penulis iklan, atau copywriter, bagi sebuah agensi pengiklanan, berbekalkan pengalaman lebih 2 dekad.

Di Singapura jadi penulis, balik KL jadi gelandangan

Di Singapura jadi penulis, balik KL jadi gelandangan

Paul yang mampu berbahasa Inggeris dengan fasih memberitahu FMT hidupnya berubah selepas perceraiannya.

“Saya kehilangan semua selepas perceraian saya. Saya datang ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja dan sejak itu saya berada di sini,” katanya sambil mengambil makanan panas yang diberikan Robin Hood Army Kuala Lumpur, sebuah pertubuhan sukarelawan yang memberi makanan kepada gelandangan dan miskin bandar.

Paul kini berusia lebih 60 tahun, menghabiskan malam di jalanan dengan beberapa gelandangan lain.

“Adalah sukar untuk orang seperti kami terutama yang tua untuk mencari pekerjaan. Satu-satunya orang yang akan mengupah kami adalah perniaga kecil dan banyak yang sudah tutup.

“Kebanyakan perniagaan lebih suka mengupah warga asing kerana lebih murah.”

Paul, yang turut mengaku boleh berbicara dalam beberapa dialek Cina berkata beliau sentiasa mencari pekerjaan dan bersedia melakukan apa sahaja.

Menurutnya, walaupun hidup tidak sempurna, beliau gembira kerana rakyat Malaysia bermurah hati membantu memberi makan kepada gelandangan.

Paul berkata, terdapat beberapa kumpulan berbeza yang datang memberi makan kepada orang miskin setiap minggu, dan ini bermakna mereka menikmati makanan percuma 6 kali seminggu.

Beliau bersyukur beberapa gelandangan bersikap baik dan melayan yang lain seperti keluarga sendiri.

“Sesetengah mereka sangat baik. Kadang-kala, apabila mereka mendapat kerja atau memperoleh sedikit wang, mereka akan berkongsi dengan kami dengan membeli makanan, dan apabila saya mendapat kerja dan mendapat wang, saya melakukan perkara yang sama untuk mereka.”

Paul berkata, kebanyakan masa gelandangan tidak diganggu pihak berkuasa.

“Kami tidak bermaksud mengganggu sesiapa. Kami hanya mencari perlindungan.”

Tahun lepas, Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng memetik kajian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang mendapati terdapat kira-kira 1,500 hingga 2,000 orang gelandangan bandar pada 2015.

 

Sumber: Free Malaysia Today



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post