Hubungan Dengan Fattah Amin, Ini Respon Balas Tania Hudson Kepada Kenyataan Neelofa

Hubungan Dengan Fattah Amin, Ini Respon Balas Tania Hudson Kepada Kenyataan Neelofa 


Kini dunia hiburan kecoh apabila Nelofa mengatakan hubungannya dengan Fattah Amin retak.

Ini kerana ada orang ketiga dalam hubungan cinta mereka.

Baca pendedahan Neelofa tentang Fattah Amin curang (BACA SINI)

Nama pelakon baru Tania Hudson telah dikaitkan menjadi dalang keretakan hubungan terbabit.

Kini pelakon yang juga adik Natasha hudson itu tampil memberi respon balas.

Ini kenyataannya:

“Saya terkejut apabila hari ini ramai yang mula bertanya tentang hubungan saya dan Fattah Amin. 

"Saya dengan dia hanya rakan biasa sahaja dan kami pernah bergandingan di dalam sebuah filem dua bulan lalu. Selepas itu kami tiada berhubung antara satu sama lain apatah lagi berjumpa”

“Saya tiada hubungan istimewa dengan Fattah, ketika menjalani penggambaran filem itu, saya tidak terlalu rapat dengannya. 

"Kami ada keluar lepak sama-sama tetapi ketika penggambaran sahaja. Selepas itu kami buat hal masing-masing,”

"Saya tidak ada rasa bersalah kerana saya kenal Fattah ketika penggambaran filem itu sebelum dia berlakon dalam drama popular Suri Hati Mr Pilot itu lagi. 

"Saya rasa ada salah faham yang berlaku sehingga mengaitkan nama saya pula dalam hal ini,"

Tania Hudson dengan sekerasnya menafikan hubungannya dengan Fattah Amin. 

lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post