Juruterbang bergincu merah padam stereotaip industri penerbangan

Seorang juruterbang wanita mengucapkan terima kasih kepada CEO AirAsia Tan Sri Tony Fernandes kerana syarikat penerbangan itu mengamalkan sistem meritokrasi yang membantu wanita berjaya dalam industri penerbangan.

Juruterbang bergincu merah padam stereotaip industri penerbangan

Juruterbang bergincu merah padam stereotaip industri penerbangan

Dalam satu e-mel yang dimuat naik di Facebook Tony, penulis itu yang menggunakan nama Kapten Giselle mengucapkan terima kasih kepada syarikat penerbangan berkenaan kerana menyediakan persekitaran kerja yang menggembirakan kepada juruterbang dan kakitangan Filipina, terutama wanita.

“Ini kali pertama saya menikmati hak sama rata untuk wanita dan lelaki dalam dunia penerbangan di Filipina,” katanya bercerita mengenai pengalaman kerjayanya bersama AirAsia.

Katanya, sebelum bersama AirAsia beliau terpaksa berusaha keras untuk mendapat pengiktirafan sebagai wanita yang bekerja dalam industri didominasi lelaki.

Katanya, sepanjang berkhidmat dalam industri penerbangan tempatan, beliau diejek dan diganggu hanya kerana beliau seorang wanita.

“Mungkin pada masa itu juruterbang lelaki belum bersedia menerima idea juruterbang bergincu merah.

“Tetapi sekarang tidak lagi. Saya berjaya membuktikan

Sumber: FMT



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post