“Kalau Malaysia nak hantar saya ke Syria, saya halalkan diri saya ke sana,” – Lan Pet Pet

Selalunya dia melawak dan menyebabkan orang lain ketawa dan melupakan kesedihan, namun hari ini Lan Pet Pet menjadi benar-benar serius.

Menggunakan statusnya sebagai selebriti pelawak terkenal itu menyeru orang ramai bersama-sama berkongsi rasa duka dengan penduduk Aleppo yang masih dibelenggu krisis perang.

"Kalau Malaysia nak hantar saya ke Syria, saya halalkan diri saya ke sana," - Lan Pet Pet

“Kalau Malaysia nak hantar saya ke Syria, saya halalkan diri saya ke sana,” – Lan Pet Pet

Malah Lan Pet Pet – atau nama penuhnya Mazlan Ahmad – berkata jika ditakdirkan dia perlu ke Syria, dia akan rela kerana memikirkan tanggungjawabnya bukan saja sebagai penghibur sebaliknya penganut Islam.

“Bila cakap pasal Islam, saya bukan fighter tapi lover, saya bukan pejuang tapi penyayang,

“Kalau Malaysia nak hantar diri saya ke sana (Syria), saya halalkan diri saya ke sana,” katanya pada sidang media khas di Restoran Line Clear Kampung Baru, Kuala Lumpur hari ini .

Anggota kumpulan lawak Senario itu menghadiri sidang media bersama pertubuhan kebajikan Malaysian Life Line For Syria (MLLFS) yang berusaha menghantar bantuan kemanusiaan ke negara yang masih bergolak itu.

Pertubuhan lain yang bernaung di bawah MLLFS ialah Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKKIM), Pertubuhan Kebajikan Nurul Iman (LOF), Gabungan Ahli Sunnah Malaysia (Gasma), Pertubuhan Ilmu Malaysia (ILMU), Malaysia Reverted Muslim (MRM) dan Global Peace Mission Malaysia (GPM).

MLLFS turut disokong Nasi Kandar Line Clear Kampung Baru, Yayasan Ta’lim, Al-Khadeem, Pustaka Bushra, Baitulssalam, Arr Sunnah Management dan Rahyanah.

Hasilkan lawak ilmiah

Aleppo adalah kubu utama puak pemberontak yang menentang rejim Presiden Bashar al-Assad sejak kira-kira lima tahun lalu.

Ia menjadi tempat pelbagai kumpulan penentang – termasuk militan – dan mendapat sokongan Barat, manakala tentera kerajaan pula cuba menguasainya semula dengan sokongan Russia dan Iran.

Konflik berkenaan juga kemudian ditafsir sesetengah kumpulan sebagai perang antara mazhab.

Baru-baru ini tentera Bashar dilaporkan berjaya menguasai semula Aleppo dan puak pemberontak terpaksa berundur dari situ.

Beberapa laporan pula mendakwa orang awam menjadi mangsa kekejaman tentera Syria namun kesahihan maklumat berkenaan dipertikaikan pihak tertentu.

Kata Lan Pet Pet selaku selebriti memang menjadi tanggungjawabnya menggunakan bakat yang dianugerahkan Tuhan untuk membantu rakyat Syria.

“Saya selalu muncul di televisyen, selalu buat lawak, tapi dalam keadaan macam ini, lebih baik saya beri (bantuan) cara ikhlas, dari hati ke hati, tolong antara satu sama lain,” katanya.

Kata pelawak yang dilahirkan melalui pertadingan Sinaran Pasport Kegemilangan di TV3 itu, pada usianya yang semakin bertambah dia tidak lagi memikirkan soal glamor.

“Ramai orang sokong kempen ini, jadi mengapa saya tidak boleh sokong? Kalau boleh, kita sama-sama menderma kepada rakyat Syria,” katanya.

Sementara itu ditemui Malaysiakini selepas itu Lan Pet Pet berkata dia bersyukur kerana kemampuannya ‘meniup trumpet’ menggunakan tangan dan mulutnya saja.

“Kalau orang kaya, dia boleh menderma (wang ringgit) sebab hartawan, tapi Allah bagi saya kelebihan iaitu tiupan. Dengan tiupan saya hiburkan semua orang.

“Orang tengah makan pun saya bawa tabung pergi minta sedekah. Sebab saya dah janji dengan Allah nak bantu dengan bakat yang saya ada untuk bantu masyarakat,” katanya.

Lan Pet Pet juga berkata Senario akan membuat kemunculan semula dengan lawak lebih ilmiah.

“Sekarang saya banyak belajar sebelum saya buat come back kita nak beri nasihat, kita nak cuba kaitkan (komedi) dengan Islam,” katanya.

 

Sumber: Malaysiakini



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post