Makanan Segera Beri Gambaran Anda Low Class?

Apabila kami membaca berkenaan kajian yang mengaitkan faktor sosioekonomi dan budaya makan seseorang ia agak mengejutkan kerana secara tidak kami agak bersetuju dengan kajian tersebut.

BACA: Elak Obesiti, Britain Haramkan Iklan Fast Food

Kajian tersebut yang telah dijalankan oleh pakar psikologi, Nanyang Technological University Singapore telah mengumpulkan 500 responden untuk mengambil bahagian dalam empat eksperimen.

Dalam eksperimen yang pertama, para responden diminta untuk memilih taraf pendidikan mereka dan latar belakang ekonomi mereka. Antara mereka ini dipilih secara rawak bagi memastikan ia selaras dengan kajian antara mereka ini.

Seterusnya mereka telah diminta untuk memilih makanan daripada hidangan buffet yang dibayangkan. Corak pengambilan makanan mereka telah direkodkan dan dikelaskan mengikut status sosial. Daripada itu didapati mereka yang mempunyai status sosial yang rendah lebih gemar mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak serta mempunyai kalori yang tinggi berbanding responden yang mempunyai status sosial yang lebih tinggi.

Manakala menerusi eksperimen yang kedua, 167 responden daripada status sosioekonomi yang sama telah diminta untuk memilih sama ada makanan yang tinggi kalori (pizza, burger dan ayam goreng) ataupun makanan rendah kalori (sayur-sayuran dan buah-buahan). Sekali lagi mereka yang mempunyai status sosial yang rendah lebih gemar memilih makanan yang berkalori tinggi.

Beberapa siri lagi eksperimen turut dijalankan yang mana para responden diminta menonton dokumentari sambil memakan makanan snek seperti kerepek kentang, coklat M&M dan Kismis. Dalam eksperimen mereka yang mempunyai kelas sosial rendah lebih gemar memilih kerepek kentang dan coklat M&M berbanding snek yang lebih sihat.

Bagi eksperimen yang terakhir, 148 responden diberikan semangkuk bear mi dan diberitahu untuk makan sehingga mereka kenyang dengan selesa. Menerusi eksperimen ini juga menunjukkan mereka yang dalam kelas sosial yang rendah memakan mi tersebut 20 peratus lebih daripada mereka yang mempunyai status sosial yang lebih tinggi.

LONDON – JULY 12: In this photo illustration a lady eats a beefburger on July 12, 2007 in London, England. Government advisors are considering plans for a fat tax on foods high in fat to try to help tackle the fight against obesity. (Photo by Cate Gillon/Getty Images)

Kesimpulannya, kajian yang dijalankan ini menunjukkan faktor sosioekonomi berkait rapat dengan masalah obesiti yang juga meningkatkan pengambilan kalori untuk seharian serta kesedaran untuk meningkat kesihatan tubuh badan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Post a Comment

Previous Post Next Post