“Mana gaji kami? Hubungi Azmin tapi senyap. Anak kami nak sekolah” – Pemain Selangor

“Mana gaji dan bonus kami?” itu soalan yang diajukan barisan pemain Selangor kepada pengurusan pasukan yang difahamkan hingga kini masih gagal melangsaikan gaji dan bonus kepada skuad naib juara Piala Malaysia itu.

Menurut seorang pemain senior, kegagalan bekas pengurus Amirudin Shari melunaskan tanggungjawab mereka amat dikesali pemain yang masih ternanti-nanti bayaran gaji November serta dua kali bonus yang dijanjikan pengurusan pasukan sebelum ini.

Katanya, memandangkan sesi persekolahan akan dibuka tidak lama lagi, kebanyakan pemain amat memerlukan gaji itu untuk membeli kelengkapan dan alatan sekolah anak mereka selain perbelanjaan bulanan seperti rumah dan kereta.

“Saya mohon kerajaan negeri supaya dapat selesaikan tunggakan gaji kami bulan November selain bonus aksi separuh akhir dan aksi akhir Piala Malaysia seperti dijanjikan.

“Bayangkan dah nak masuk tahun baharu gaji kami bulan lalu masih lagi tak masuk. Bila kami cuba hubungi bekas pengurus dan Datuk Seri Azmin Ali (Presiden Persatuan Bolasepak Selangor), mereka senyap dan langsung tidak memberi apa-apa reaksi.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

 

Sumber: Harian Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post