Mengikut kajian ramai lebih suka makan seorang diri

DI Asia, sekiranya kita melihat seseorang makan seorang diri pasti kita akan merasa kasihan terhadap orang itu kerana beranggapan dia tidak mempunyai sahabat ataupun menggelarnya ‘forever alone’.

Mengikut kajian ramai lebih suka makan seorang diri

Mengikut kajian ramai lebih suka makan seorang diri

Sudah menjadi lumrah di Malaysia ini untuk keluar beramai-ramai bersama teman-teman dan juga makan bersama keluarga untuk menghabiskan masa bersama.

Bagaimanapun, dalam satu kajian yang dibuat oleh OpenTable, sebuah tempahan restoran atas talian mendakwa bilangan orang yang menempah makan malam untuk seorang sudah meningkat sebanyak 62 peratus sejak dua tahun lalu.

Didapati mereka yang makan seorang diri ini tidak lagi menghiraukan pandangan orang dan lebih selesa begini kerana punyai lebih masa untuk diri sendiri dan bebas membuat pilihan makanan.

Ketua Pegawai Makanan OpenTable, Caroline Potter mendakwa bahawa makan seorang diri ini sudah menjadi sangat popular di kota metropolitan seperti di Dallas, Miami, New York, Las Vegas, Chicago dan Philadelphia.

“Makan secara solo ini adalah seperti membelanjai diri sendiri di setiap suapan yang diambil. Restoran juga selalunya mengalu-alukan kedatangan pelanggan sebegini.

“Selain itu, mereka yang makan secara solo ini juga punyai peluang untuk datang ke restoran ternama dan ia juga sudah menjadi hobi sesetengah orang,” katanya.

 

Sumber: Sinar Harian



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post