“Pintu mrt tertutup secara tiba-tiba tanpa bunyi amaran dan kami terpisah”

Anak saya yang bertanda arrow kuning itu tadi hilang semasa train mrt berhenti di stesen Kwasa Sentral. Pintu mrt tertutup secara tiba-tiba dan kami terpisah dibawa ke stesen di hadapan. Saya kaget apatah lagi makwe Tempoyang meroyan melihat kelibat AY semakin sayup kecil tertinggal terkelip2 terpinga.

Pintu mrt tertutup secara tiba-tiba tanpa bunyi amaran dan kami terpisah

Pintu mrt tertutup secara tiba-tiba tanpa bunyi amaran dan kami terpisah

Ada satu lagi family turut tertinggal anak lelakinya. Kami sama sama berkongsi panik dan gugur jantung.
Sampai stesen di hadapan, kami berjumpa pegawai mrt akan kehilangan anak. Mereka merekod profil anak kami. Umur, pakai baju apa, kurus atau gemuk,etc. Mereka berhubung dengan incaj keselamatan di stesen Kwasa Sentral supaya mencari anak kami.

Sementara itu, kami naik train berikut nya untuk ke Kwasa Sentral semula. Sampai di sana, incaj keselamatan sudah menunggu kami dan mengatakan anak kami tiada. Sekali lagi, jantung kami berderap laju. Family satu lagi sudah mendapatkan anak mereka. Cuma… Di mana AY? Makwe Tempoyang sudah meninggikan suara sehingga kami menjadi perhatian crowd yg kebetulan ramai di situ. Tiba2 saya dapat idea. Mungkin dia terus ke kereta? Saya melihat dari atas ke kawasan parking. Tuu…dia AY kelihatan tenang menyandar pada kereta kami. Alhamdulillah, jantung kembali normal. Kami bersalaman dengan para pegawai mrt kerana kerjasama yang agak baik.

Saranan saya, seeloknya ketika pintu mrt hendak tutup, ada bunyi amaran. Jadi, dapat alert. Kedua, tak kan sebulan je percuma, kasi la 2 tahun. Kann?

Sumber: Rizal Gunx



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post